"Mr. Mom" Panggilan Baru Brad Pitt - Berita Hiburan | mStar

"Mr. Mom" Panggilan Baru Brad Pitt

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR kacak, Brad Pitt yang sering menghabiskan masa terluang dengan enam anaknya memberi gelaran 'MR Mom' kepada dirinya sendiri.

Perkara itu diberitahu oleh penulis ternama Andrew Morton dalam bukunya yang menceritakan tentang kehidupan aktres Angelina Jolie bersama Brad Pitt yang diberi judul Angelina: An Unauthorized Biography.

Mr Mom adalah panggilan baru bagi bekas suami Jennifer Aniston itu.

"Dia (Brad) memanggil dirinya Mr Mom," kata Morton seperti dipetik dari >Showbizspy.

Dalam bukunya itu, Morton juga memberitahu sejak Jolie mengambil Maddox sebagai anak angkat, Pitt yang ketika itu masih suami kepada Jennifer Aniston, semakin mesra dengan Jolie dan anak-anaknya.

Lantas tidak lama selepas itu dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Jennifer.

Kini, Pitt sedang melalui hari-hari bahagia dengan enam anaknya. Mereka saling bantu membantu dalam menjaga anak-anak mereka. Ketika Jolie sibuk dengan penggambaran atau mempromosikan filem-filem barunya, Pitt akan mendampingi anak-anak mereka.

Kehidupan pasangan ini memang tidak pernah lepas dari pelbagai berita sama ada positif atau negatif tentang hubungan mereka.

Pasangan ini juga selalu dikabarkan putus cinta, malah Pitt juga selalu diberitakan ingin kembali ke pangkuan bekas isterinya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan