Mesej Keinsafan Di TV3 & TV9 Sempena Ramadan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon yang bakal mewarnai kaca televisyen sepanjang Ramadan ini foto YAP CHEE HONG
Barisan pelakon yang bakal mewarnai kaca televisyen sepanjang Ramadan ini foto YAP CHEE HONG

KUALA LUMPUR: Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, TV3 dan TV9 memperkenalkan program-program menarik yang akan disiarkan sepanjang bulan tersebut.

Pelbagai program berbentuk ilmiah serta sarat dengan mesej keinsafan disajikan bagi menghormati bulan Ramadan.

Antara program-program tersebut termasuklah dokumentari, drama bersiri, telefilem, perlancongan serta program kanak-kanak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Sri Farid Ridzuan, tema untuk program televisyen sempena bulan Ramadan kali ini ialah Kasih Ramadan bagi TV3, manakala Ramadan di Hatiku bagi TV9.

"Bersesuaian dengan tema yang dipilih, kedua-dua stesen kali ini akan menyajikan kandungan yang penuh pengisian di samping mendekatkan diri dan hati kita ke arah kebaikan dan hikmah di bulan mulia ini.

"Ia juga sangat sinonim dengan paparan TV3 dan TV9 yang menampilkan program-program yang dekat di hati penonton dan mencerminkan nuansa bulan mulia seperti bacaan Al-Quran dalam Kalamullah, Jejak Rasul, Singgah Sahur, Dari Masjid Ke Masjid, Haiwan Teladan, Sirah Nabi, Jom Berbuka, insaf, Perjalananku dan sebagainya," jelasnya.

Selain itu, pelbagai drama dan telefilem dengan jalan cerita yang menarik dan sarat dengan nilai murni pastinya mampu mendamaikan jiwa dan rohani.

"Kami meraikan juga siri drama dan telefilem yang mempunyai kisah perjalanan hidup dan suka duka kehidupan dan kecekalan menghadapi dugaan menerusi Masam Manis Ramadan, Syurgamu Ramadan, Hijan Di Kalbu, Aryyan dan Mhabbah De Laila," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan