Fida Dipanggil Cikgu

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Rafidah Ibrahim atau Fida foto YAP CHEE HONG
Rafidah Ibrahim atau Fida foto YAP CHEE HONG

DEK kerana sering mendapat watak sebagai seorang cikgu dalam setiap drama atau telefilem, bintang baru, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida mengakui sering disangka seorang guru ketika berada di luar.

Namun begitu, gadis berusia 24 tahun ini tidak pernah mengeluh dan menganggap perkara tersebut lumrah dan cabaran bagi pelakon baru sepertinya.

"Ramai peminat atau orang ramai yang berjumpa saya bertanyakan perkara tersebut, mereka fikir saya benar-benar seorang guru. Tapi saya faham kerana kebanyakan drama atau filem, saya diberi peranan sebagai seorang guru.

"Mungkin watak itu sesuai dengan saya kerana personaliti saya lebih kearah itu. Tapi bagi saya ia bukanlah sesuatu yang positif sebab masyarakat masih belum sedar watak lain yang saya lakonkan," jelasnya.

Fida memegang watak guru dalam empat buah drama seperti E-Toyol, Takdir, Epilog Syurga Cinta, Cinta Tikar Sejadah dan sebuah filem berjudul Kongsi.

Bagaimanapun, Fida akur kerana ia masih di peringkat permulaan. Dia percaya mampu membawakan watak yang lebih mencabar selepas ini.

"Saya sedar sebagai artis bertudung mungkin ada batasan-batasan watak yang perlu dijaga dan tidak sesuai untuk saya. Tapi saya inginkan watak bertudung yang lebih agresif dan tidak nampak seperti lemah.

"Buat masa ini saya ikut apa yang mereka tawarkan dan yang terbaik buat saya. Insya-Allah jika diberi peluang saya mahu membawa watak remaja bertudung tetapi mempunyai sikap yang ganas dan memberontak," ujarnya yang terlibat dalam drama 24 episod berjudul Epilog Syurga Cinta.

Dalam telefilem yang merupakan kesinambungan dari filem Syurga Cinta ini, Fida akan bergandingan dengan barisan pelakon popular seperti Zizan Nin, Intan Ladyana serta pelakon cilik Mia Sara.

"Jujurnya sebagai pendatang baru saya masih gemuruh untuk bergandingan dengan pelakon senior seperti Zizan Nin. Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Farid Kamil.

"Perasaanya memang sangat takut dan malu, tapi mereka profesional dalam berkerja, banyak memberi tunjuk ajar dan tidak pernah lokek ilmu," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan