"Apokalips" Filem Serius Pertama Mamat Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mamat Khalid merasakan kemunculan filem serius iaitu Apokalips bersesuaian pada waktunya.
Mamat Khalid merasakan kemunculan filem serius iaitu Apokalips bersesuaian pada waktunya.

KUALA LUMPUR: Selepas menghasilkan tujuh buah filem bergenre komedi, pengarah filem terkenal Mamat Khalid akhirnya muncul dengan filem serius pertamanya berjudul Apokalips.

Filem bergenre aksi dan fantasi itu merupakan filem kelapan arahan Mamat Khalid sejak berkecimpung dalam bidang pengarahan lebih 15 tahun lalu.

Menurut Mamat yang ditemui di majlis pelancaran filem itu Rabu, idea untuk beralih ke genre baru itu sebenarnya bertitik-tolak daripada personalitinya yang merupakan seorang yang serius.

"Penghasilan filem ini adalah refleksi kepada personaliti sebenar diri saya. Selama ini masyarakat mungkin menyangka saya seorang yang kelakar dan lucu kerana mengarahkan filem-filem komedi tetapi hakikatnya saya seorang yang serius," katanya.

Mengakui agak janggal dan kekok untuk menghasilkan filem yang serius seperti Apokalips, namun naluri dan keinginannya yang berkobar-kobar untuk menghasilkan filem itu menggerakkan hati Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 ini untuk mencuba genre yang baru kali ini.

"Pada awalnya, memang saya rasa agak janggal dan kekok untuk menerajui filem ini kerana ia sebuah naskhah yang berat dan serius.

"Namun kehendak hati dan naluri saya berkobar-kobar untuk menghasilkan filem serius pada waktu ini dan ia sekaligus menggerakkan saya untuk mencubanya," katanya.

Tambah Mamat, selepas bertahun-tahun dikenali menerusi filem komedi, sudah tiba masanya untuk dia tampil dengan sebuah karya yang lebih segar dan berbeza, bersesuaian dengan jiwanya.

"Sejak saya mula mengarahkan filem Lang Buana (2003) sehinggalah yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah (2009), semua filem saya bergenre komedi.

"Penghasilan filem Apokalips ini adalah tepat pada waktunya. Selepas membuat tujuh filem komedi sebelum ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya tampil dengan filem yang lebih segar dan berbeza kali ini," katanya.

Apokalips mengisahkan tentang peradaban manusia yang hidup selepas Perang Nuklear meletus pada tahun 2047.

Saki-baki manusia yang terselamat daripada perang itu hidup dalam keadaan kacau-bilau, hilang arah tujuan dan menjadi ganas.

Muncullah beberapa puak yang berbalah dan berbunuhan antara satu sama lain demi untuk kelangsungan hidup dan bergelar ketua.

Filem yang menelan kos produksi sebanyak RM1.2 juta ini dibintangi oleh Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Adam AF, Iqram Dinzly, Vasanth, Pyan Habib, Zoey Tan, Miera Liyana dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh Tayangan Unggul dan Naga VXS Sdn Bhd, Apokalips telah memulakan penggambarannya sejak 7 Julai lalu hingga 8 Ogos ini di kawasan flat tinggal Pekeliling, Jelatek dan Puchong, Selangor. Ia dijangka menemui penonton pada tahun 2011.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan