Adi (Mentor 4) Terima Tawaran Monkey Bone

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PROTEGE Dayang Nur Faizah iaitu Adi Hamiz Johar bertuah kerana ditawarkan sebagai artis rakaman Monkey Bone Records serta pengurusan artis The 8 Unit, biarpun hanya mendapat tempat kedua program realiti Mentor musim keempat.

Selain Adi, peserta tempat pertama program realiti tersebut iaitu Mohd Izwan Mohd Nor atau Mohd turut ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman berkenaan.

Bagaimanapun Mohd masih belum menandatangani apa-apa kontrak lagi berbanding Adi yang telah berbuat demikian.

Menurut Ketua Bahagian The 8 Unit, Jacynta Au-Yong, mereka menawarkan kontrak selama dua tahun kepada dua artis tersebut setelah melihat kemampuan vokal dan keyakinan yang ada pada mereka.

“Kami lebih mementingkan vokal berbanding imej setiap artis itu. Setelah mereka berada di bawah pengurusan kami, imej mereka akan diubah sedikit demi sedikit.

“Kami juga masih menunggu keputusan daripada Mohd kerana dia sedang meneliti kontrak tersebut dengan peguamnya,” kata Jacynta selepas rakaman program Mentor Raya 2010.

Dalam pada itu, Adi dengan penuh gembira menerima baik tawaran tersebut setelah mengetahuinya seminggu selepas program realiti tersebut melabuhkan tirainya pada 4 Julai lalu.

Namun bagaikan tidak percaya walaupun telah membuat persetujuan dua minggu selepas menerima tawaran tersebut.

“Sebelum menerima tawaran ini, saya berbincang dengan keluarga tentang kehidupan dan pengurusan kerja saya selepas ini. Alhamdulillah, ibu dan bapa saya memberikan sokongan yang kuat kepada saya.

“Saya juga meminta sepupu saya yang merupakan seorang peguam untuk memberikan nasihat tentang kontrak yang ditawarkan,” ujarnya.

Mengenai perancangannya selepas ini, Adi berkata kemungkinan dia akan tampil dengan single terbaru ciptaan Omar K.

Walaupun lebih selesa dengan rentak R&B, lelaki itu menyifatkan dirinya seorang yang versatil dan mampu membawakan pelbagai genre lagu.

Sebelum rakaman program, pihak TV3 turut menyempurnakan majlis penyampaian cek kepada para pemenang Mentor 4. Juara Mentor, Mohd dan Ziana Zain menerima wang tunai RM100,000 dengan sebuah trofi masing-masing.

Sementara Adi bersama Dayang yang menduduki tempat kedua membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi masing-masing manakala tempat ketiga, Azmeer dan Nani memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi masing-masing.

Ditanya tentang perancangan Adi dengan hadiah wang tunai itu, dia menjawab masih memikirkannya dan akan berbincang dengan ibu bapanya terlebih dahulu.

Dia juga mengakui masih berhubung dengan Dayang dan dalam masa yang sama mempelajari tentang selok belok industri muzik.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan