Sandra Bullock Artis Paling Kaya

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDRA Bullock secara rasminya diiktiraf majalah Forbes sebagai aktres berpendapatan tertinggi selepas meraih AS$56 juta antara Jun 2009 dan Jun tahun ini.

Forbes mengemaskinikan rekod itu dalam senarainya selepas mengambil kira bayaran untuk mendapatkan khidmat pelakon, keuntungan filem serta hasil jualan wangian, pakaian dan sokongan lain.

Aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar itu cuma menuntut bayaran khidmat yang lebih rendah untuk membintangi filem The Blind Side.

Sebaliknya, media melaporkan Bullock menuntut bahagian keuntungan filem yang lebih besar. Ternyata pertaruhannya amat berbaloi.

Reese Witherspoon menduduki tempat kedua dalam senarai Forbes. Dia memperolehi AS$32 juta dolar setahun pada tahun lalu.

Witherspoon membintangi filem How Do You Know dan Water for Elephants, serta promosi syarikat kosmetik Avon.

Sementara itu, Cameron Diaz dilaporkan memperolehi AS$32 juta dolar, Jennifer Aniston (27 juta dolar) dan Sarah Jessica Parker (25 juta dolar).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan