"PFM Buruk Sangka" - Pengerusi Finas

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menganggap tuduhan Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) kononnya terdapat konflik kepentingan (conflict of interest) sebilangan ahli lembaga pengarah agensi itu adalah sesuatu yang bersifat buruk sangka.

Pengerusi Finas, Datuk Mohammed M.Daud berkata, PFM perlu membuktikan dakwaan mereka itu benar kerana sehingga hari ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab terhadap Finas mendapati tidak wujud konflik seperti yang didakwa.

“Conflict of interest yang diduga berlaku itu hendaklah dinyatakan satu persatu. Setakat ini pihak kementerian tidak mendapati apa-apa konflik berkenaan di kalangan Ahli Lembaga Pengarah Finas,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada mStar Online di sini, Rabu.

Ia adalah reaksi pertama Finas menjawab memorandum PFM bertarikh 26 Julai yang dihantar kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim agar mengkaji semula penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan David Teo Chew Huat sebagai Ahli Lembaga Pengarah perbadanan itu.

Mohammed yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) kementerian tersebut berkata, pihaknya kecewa PFM telah mengheret nama baik kepimpinan kementerian ke kancah konflik media.

Katanya, akibat tindakan itu Dr. Rais telah menasihati PFM agar lebih bertanggungjawab sebelum mengeluarkan apa-apa tuduhan terhadap mana-mana pihak di Finas.

Sebaliknya kata beliau, siapa ahli lembaga pengarah Finas atau siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Pengarah adalah perkara yang di luar bidang kuasa persatuan itu.

“Bagi saya, yang lebih penting ialah bagaimana untuk meningkatkan mutu filem yang dikeluarkan supaya industri kreatif negara ini lebih maju. Jika ada konflik kepentingan di antara Ahli Perbadanan Finas, maka PFM hendaklah membuktikannya dan tindakan boleh diambil,” ujarnya.

MStar Online difahamkan taklimat mengenai Akta Finas yang diadakan Selasa oleh Mohammed tidak mendapat sambutan apabila persatuan-persatuan filem memboikot majlis itu.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Datuk M.Daud berkata pihaknya dan semua persatuan yang bergabung di bawah Gafim tidak dapat menghadiri taklimat berkenaan kerana ia diadakan secara tergesa-gesa dan ahli-ahlinya tidak diberitahu lebih awal.

“Gafim perlu membuat persediaan dengan mendapatkan nasihat peguam jika ada perbincangan mengenai Akta Finas sebelum boleh menghadiri satu-satu taklimat berhubung perkara itu,” katanya.

Selain Mohammed sendiri, ahli Lembaga Pengarah Finas turut disertai Datuk Azman Salleh, Datuk Mustapha Maarof, David Teo Chew Huat, Datuk Md Afendi, Datuk Hamdan, Datuk Abdul Rauf Yusoh, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ahmad Suhaimi Endut dan Garuna Murthee a/l Kandiah.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan