MTV World Stage 2010 Meriah Dalam Hujan

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kemeriahan MTV World Stage 2010 Live In Malaysia di Surf Beach @ Sunway Lagoon, Sabtu, tidak tergugat dengan hujan yang turun sepanjang lebih enam jam acara berlangsung. - Foto oleh EHFAN SHAH
Kemeriahan MTV World Stage 2010 Live In Malaysia di Surf Beach @ Sunway Lagoon, Sabtu, tidak tergugat dengan hujan yang turun sepanjang lebih enam jam acara berlangsung. - Foto oleh EHFAN SHAH

PETALING JAYA: Cuaca mendung dan hujan sedikitpun tidak menggugat kemeriahan acara konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2010 yang diadakan di Surf Beach @Sunway Lagoon pada 31 Julai 2010, Sabtu.

Malah, konsert yang membariskan empat penyanyi iaitu Bunkface (Malaysia), Wonder Girls (Korea Selatan), Tokio Hotel (Jerman) dan Katy Perry (Amerika Syarikat) itu berlangsung dengan jayanya setelah menghimpunkan kira-kira 15,000 penonton selama lebih enam jam.

Penonton yang rata-ratanya didominasi oleh golongan remaja mula membanjiri kawasan pantai rekaan di taman tema popular itu seawal jam 4 petang lagi bagi mendapatkan kedudukan paling strategik untuk menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi.

Hanya sekitar jam 7 petang, kumpulan Bunkface membuka tirai persembahan dengan lagu-lagu popular mereka termasuklah Revolusi, Situasi dan banyak lagi.

Walaupun hujan membasahi bumi, keadaan itu langsung tidak menggoyahkan tumpuan dan kesetiaan penonton untuk terus memeriahkan acara.

Seterusnya, fenomena baru dari Korea Selatan iaitu Wonder Girls pula mengambil tempat bagi persembahan kedua yang bermula sekitar jam 8 malam. Menyampaikan lagu-lagu popular seperti Tell Me, So Hot, Two Different Tears dan Nobody, lima gadis ini berjaya menggamatkan suasana malam itu dengan aksi memikat mereka.

Penantian untuk melihat kumpulan Tokio Hotel dirasakan begitu lama dan menyeksakan dipercayai gara-gara kesilapan teknikal. Namun, penantian hampir satu jam itu nyata berbaloi selepas menonton aksi hebat empat anak muda itu.

Mereka yang tampil dengan lagu-lagu seperti Noise, Human Connect to Human, Automatic dan World Behind My World memang mengotakan janji mereka seperti yang dicanangkan menerusi perbualan telefon, baru-baru ini. Bukan hanya menyanyi, gimik bunga api dan busana yang dikenakan oleh kumpulan ini cukup istimewa dan menghangatkan malam itu.

Persembahan penutup oleh Katy Perry juga tidak menghampakan apabila tampil dengan imej dan lagu-lagu yang mengujakan seperti I Kissed A Girl, Waking Up In Vegas dan Thinking Of You.

Malah, pentas MTV World Stage 2010 turut menyaksikan Perry mengalunkan lagu single terbarunya iaitu Peacock buat kali pertamanya di hadapan peminat-peminat di Malaysia.

Walaupun kemeriahan konsert itu cukup dirasakan, beberapa kekurangan yang sepatutnya 'dihidu' oleh pihak penganjur seharusnya tidak berlaku.

Ia seperti penantian yang terlalu panjang dan membosankan bagi sebuah persembahan artis serta penayangan terlalu banyak klip video yang tidak relevan.

Namun, keprihatinan pihak penganjur yang menyediakan baju hujan plastik harus dipuji kerana setidak-tidaknya, dapat meminimumkan tahap basah penonton.

Rakaman konsert yang diadakan untuk tahun kedua di Sunway Lagoon itu akan disiarkan menerusi saluran MTV SEA pada 21 Ogos 2010 pukul 9 malam untuk durasi selama dua jam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan