Semua Untukmu... Anuar Zain Pada Hari Raya Ke-3

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Anuar dan Ziana Zain beraksi dalam Program muzikal Semua Untukmu... Anuar Zain yang bakal disiarkan pada hari raya ketiga. Foto MOHD SAHAR MISNI
Anuar dan Ziana Zain beraksi dalam Program muzikal Semua Untukmu... Anuar Zain yang bakal disiarkan pada hari raya ketiga. Foto MOHD SAHAR MISNI

SEMPENA menyambut bulan Syawal yang akan datang, penyanyi tersohor Anuar Zain tidak melepaskan peluang menjayakan program raya bagi menceriakan lagi hari raya Aidilfitri kali ini.

Program berjudul Semua Untukmu... Anuar Zain ini merupakan program khas yang menampilkan 20 koleksi lagu-lagu popular Anuar sejak berkecimpung dalam industri ini.

Selain itu, Program selama satu jam setengah ini turut memaparkan enam segmen yang merangkumi genre lagu-lagu Pop dan Balada.

Menurut penyanyi lagu Lelaki Ini, program ini istimewa ditujukan khas buat peminat-peminat yang lama menantikan kemunculannya di televisyen.

"Saya sudah lama tidak muncul di program-program televisyen terutamanya di TV3, jadi sempena hari raya ini saya mengambil kesempatan untuk memberi persembahan yang istimewa buat peminat-peminat saya.

"Lagu-lagu yang disampaikan pada program musikal ini merupakan koleksi lagu-lagu hit saya sejak berkecimpung dalam industri ini. Saya telah senaraikan banyak tetapi kita terpaksa pilih yang terbaik.

"Lebih menarik saya diberi peluang oleh penerbit untuk menyanyikan lagu kegemaran saya dan lagu terbaru yang saya minati dan belum pernah saya bawakan sebelum ini dengan nafas baru dan segar," jelasnnya ketika sidang akhbar selepas rakaman Program Semua Untukmu... Anuar Zain.

Dalam pada itu penyanyi wanita popular yang tidak asing lagi bagi Anuar iaitu kakaknya Ziana Zain turut tampil sebagai menyanyi undangan.

"Saya gembira kerana digandingkan bersama Ziana Zain kerana sudah lama rasanya kami tidak menyanyi bersama. Ini merupakan kali kedua kami digandingan di TV3.

"Bagi bulan Ramadan dan Syawal ini saya akan terlibat dengan beberapa program bersama TV3 seperti Singgah Sahur, dan Sampaikan Salam pada malam raya nanti" katanya.

Menurut penerbit dan pengarah program ini, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam), konsep secara langsung yang dibawakan oleh Alwyn Santiago’s Band ini pasti membawa kelainan dari program-program muzikal raya yang lain.

"Kita tidak mahu penonton bosan dengan program raya yang lain yang banyak menyanyikan lagu raya, jadi kami hidangkan dengan lagu-lagu popular dari penyanyi yang disayangi ramai ini.

"Bagaimanapun kebanyakan lagu-lagu ini kami telah ubah susunan muzik agar lebih segar dengan memberi nafas baru. Kami yakin bahawa persembahan yang ringkas tetapi memukau oleh Anuar Zain pasti menjadi tarikan utama kepada para penonton TV3. Pihak produksi juga menekankan penggunaan kesan-kesan khas daripada peralatan lampu seperti LED secara kreatif untuk persembahan yang lebih mantap di samping mewujudkan suasana yang menyenangkan dalam studio,” jelasnya.

Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh Anuar Zain dalam enam segmen iaitu medley Pandangan Pertama, Permata, Suria Siarra. Medley Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta. Medley Perpisahan Ini, Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Semua Untukmu. Medley Hanya Kau Yang Mampu, Terima Kasih Cinta, medley Jerat, Fly Me To The Moon, Sesucinya Cintamu dan juga medley Bila Resah dan Kau Bunga Cintaku.

Penampilan istimewa oleh Ziana Zain, turut menyemarakkan lagi suasana di studio dengan persembahan solo lagu Dingin. Manakala, Anuar Zain juga berduet dengan lagu Lara dan Suasana Hari Raya sebagai penutup persembahan program tersebut.

Semua Untukmu... Anuar Zain ini diterajui oleh Muhamad Sufian Isa selaku penerbit eksekutif dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit dan pengarah dari Primeworks Studios. Ia bakal ke udara pada Hari Raya Aidilfitri ketiga, jam 6.00petang, eksklusif di TV3.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan