Kehebatan Nawal Al-Zoghbi Gegar KLCC

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Nawal akur dengan peraturan pemakaian di Malaysia. Foto CHAN TAK KONG
Nawal akur dengan peraturan pemakaian di Malaysia. Foto CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: PENYANYI dari Lubnan, Nawal Al-Zoghbi berjaya mengadakan satu konsert yang mampu memukau lebih 3,000 penonton dalam satu persembahan hebat di Pusal Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang diakan malam, Isnin.

Konsert berkenaan adalah konsert pertama Nawal di negara ini yang dikenali konsert Nawal Al-Zaghi Live in Malaysia 2010

Persembahan wanita berusia 38 tahun ini mendapat tepukan gemuruh ketika dia keluar ke pentas dengan menampilkan lagu-lagu hit himpunan dari 13 buah albumnya sambil diiringi 13 pemuzik profesional yang didatangkan khas dari Lubnan.

Penyanyi yang sudah bertapak selama 20 tahun dalam industri hiburan ini pernah menerima pelbagai pengiktirafan dan dia mula dikenali selepas menyertai pertandingan nyanyian, Studio El Fann pada tahun 1988.

Persembahan Nawal di adakan bermula kira-kira pukul 9.00 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Sebelum Nawal membuat persembahan, Faizal Tahir membuat kemunculan khas dengan mempersembahkan lagu hitnya, Bencinta dan Selamat Malam.

Nawal mendapat perhatian apabila mendendangkan lagu popularnya berjudul El Layali daripada 20 buah lagu yang didendangkan pada malam itu.

Kelihatan juga beberapa penonton berketurunan Arab tidak melepaskan peluang menari di tempat duduk mereka.

Sementara itu, Nawal ketika ditemui pada sidang media sebelum persembahannya memberitahu bahawa konsert tersebut merupakan peluang besar kepadanya bertemu dengan peminat-peminat di Asia dan berharap akan kembali semula untuk konsert akan datang.

"Saya mendengar tentang Malaysia dari rakan-rakan saya, mereka memberitahu bahawa Malaysia sebuah negara yang cantik dan mempunyai masyarakat yang baik.

"Biarpun saya faham ramai yang kurang memahami bahasa Arab tetapi mereka masih boleh menikmati hiburannya kerana irama world music sudah tidak asing lagi di sini," jelasnya.

Nawal turut berbesar hati kerana konsert yang diadakan ini bukan sekadar hiburan malah turut memberi sumbangan kepada rumah kebajikan Nursalam.

"Saya suka kepada kerja amal, namun ia lebih elok tidak didedahkan. Tapi saya difahamkan konsert ini juga memberi sedikit sumbangan kepada rumah kebajikan, ia adalah sesuatu yang sangat mulia," jelasnya.

Dalam pada itu, Faizal Tahir yang ditemui pada sidang media yang sama menzahirkan rasa terujanya beraksi bersama-sama artis popular dari Timur Tengah itu.

"Saya berbangga kerana dipilih untuk mengadakan persembahan pada malam bersejarah tersebut, dia seorang artis yang sangat berbakat dan dikenali di seluruh Timur Tengah," katanya.

Bagaimanapun pengerusi Jojo Events Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir yang bertanggungjawab membawa penyanyi ini memberitahu konsert berkenaan sedikit sebanyak dapat mempromosi Malaysia ke negara luar.

"Sesetengah pelancong dari negara Timur Tengah sendiri tidak dapat melihat konsert Nawal di negara mereka. Jadi mereka akan datang ke Malaysia untuk menyaksikannya.

"Lagipun Nawal memiliki ramai peminat di Asia. Maka, dengan adanya konsert ini mampu menarik ramai orang untuk datang ke Malaysia," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan