Winehouse Tidak Bekerjasama Dengan Lady Gaga

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy Winehouse. - Foto REUTERS
Amy Winehouse. - Foto REUTERS

JURUCAKAP penyanyi dan penulis lagu, Amy Winehouse menafikan desas-desus bahawa dia akan bekerjasama dengan Lady Gaga untuk album terbarunya.

Lady Gaga sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan album ketiganya. Album itu menyusul selepas album Back to Black (2006).

Baru-baru ini, media melaporkan penyanyi lagu Poker Face itu menawarkan diri terbang ke London bagi berduet dengan Winehouse.

Lady Gaga sanggup berbuat demikian bagi memastikan album terbarunya itu mendapat sambutan.

Bagaimanapun, jurucakap Winehouse telah membantah desas-desus itu dan menegaskan bahawa tuntutan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan