Tom Jones Rayu Peminat Berhenti Lemparkan Seluar Dalam

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tom Jones ketika membuat persembahan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Mac lalu. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
Tom Jones ketika membuat persembahan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Mac lalu. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU

PENYANYI dari Wales, Tom Jones merayu peminat wanita supaya berhenti melemparkan seluar dalam mereka kepadanya semasa dia berada di pentas.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai salah, Jones, 70, mendakwa bahawa dia berasa terhina ketika mereka mencampakkan pakaian mereka kepadanya.

Dia berharap mereka akan berhenti melakukan tindakan sedemikian terutama apabila dia menyanyikan lagu balada.

"Ini adalah salah. Saya membawakan lagu dengan penuh penghayatan dan tidak semena-mena orang mulai tertawa," katanya kepada media.

Sementara itu, album terbaru Jones khabarnya tidak diterima dengan baik oleh beberapa bos di syarikat rakaman, Island Records.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan