Pengurusan Kes Saman Ning Baizura Ditetap 12 Oktober

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Oktober ini ini untuk pengurusan kes saman terhadap penyanyi dan pelakon Ning Baizura (gambar) oleh seorang penerbit album dan pengurus warga Itali Luigi Bajona berjumlah RM1 juta.

Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Noor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Harleen Kaur yang mewakili Luigi dan Richard Wee Lopez bagi Ning Baizura atau nama sebenarnya Ning Baizura Hamzah.

Pada 7 Julai 2009, Luigi yang menguruskan beberapa persembahan Ning Baizura di Itali termasuk menyanyi di hadapan Prince Albert of Monaco di Paris, mendakwa penyanyi itu telah memfitnahnya pada 24 Jan 2009 melalui laman sosial 'Facebook.'

Beliau juga mendakwa Ning Baizura telah menulis seolah-olah perjanjian produksi dan perjanjian pengurusan yang ditandatanganinya pada 2005 dan 2007 adalah berat sebelah dan tidak membawa manfaat kepadanya.

Luigi memohon satu perintah kekal untuk menghalang Ning Baizura secara sendiri dan/atau melalui ejennya dan/atau pengkhidmatnya daripada membuat sebarang representasi tentang atau berkenaan plantif (Luigi) kepada sesiapa atau mana-mana entiti, sama ada secara bertulis atau sebaliknya.

Luigi yang mendakwa bertanggungjawab mempopularkan Ning Baizura di Itali juga menuntut ganti rugi am berjumlah RM1 juta dan faedah pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh writ saman hingga ke tarikh penyelesaian penuh.

Sementara itu, di dalam penyataan pembelaan yang difailkan pada 11 Disember 2009, Ning Baizura menafikan dakwaan Luigi itu dan mendakwa di bawah perjanjian produksi dan perjanjian pengurusan itu, Luigi sepatutnya mempromosikan dirinya dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa tetapi ianya tidak berlaku sebaliknya dia hanya menyanyi di kelab-kelab kecil, malah beliau tidak menerima sebarang bayaran.

Katanya, perkataan yang ditulis di dalam Facebook itu adalah benar dan berdasarkan fakta.

Ning Baizura memohon tuntutan saman itu ditolak dengan kos.

Ning Baizura popular dengan lagu pop dan R&B itu pernah berlakon dalam beberapa buah filem termasuk Lady Bos, Muallaf dan Mimpi Moon. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan