Cat Farish Nafi Keluar TFC - Berita Hiburan | mStar

Cat Farish Nafi Keluar TFC

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cat Farish. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT
Cat Farish. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHEMAT

PENYANYI Cat Farish yang terkenal dengan kumpulan The Fabulous Cats (TFC) menafikan dia akan keluar dari kumpulan tersebut.

"Mengarutlah. Kalau tak ada Cat, mana ada TFC? Sebenarnya saya hanya meletakkan jawatan sebagai artis repertoire kumpulan Alibi Music untuk meneruskan projek KL Pop yang mengetengahkan satu lagi jenama atau genre muzik Malaysia iaitu R&B Soul Society.

"Genre tersebut adalah untuk memperkembangkan industri soul terutama R&B di negara ini," katanya kepada MStar Online.

Menurut Cat, dia akan mengajak pelakon, pelawak serta lain-lain artis untuk menyertai R&B Soul Society.

Sekiranya dia masih kekal sebagai artis repertoire Alibi Music, jelas Cat, dia masih boleh menentukan konsep dan lagu tetapi ia tertakluk kepada persetujuan pengarah syarikat itu sendiri.

Justeru, dia mengambil keputusan meletakkan jawatan dan memperjuangkan genre muziknya sendiri.

Berhubung khabar angin bahawa wujudnya percanggahan antara bekas ahli kumpulan Ruffedge itu dengan pihak pengurusan, Cat menyangkal dakwaan tersebut.

Jelasnya, ini mungkin timbul ekoran berlakunya percanggahan antara ahli-ahli TFC yang lain dengan pihak pengurusan.

"Bagaimanapun, tujuan saya meletakkan jawatan adalah ke arah membentuk semula R&B Soul Society," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan