Zila AF4 Pandai Urus Masa Selepas Berkahwin

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS berkahwin, penyanyi dan pelakon Zila AF4 (gambar) banyak meluangkan masa bersama suaminya, Along Raja Lawak selain membahagikan masa untuk kerja seninya.

Jika tiada tawaran berlakon atau menyanyi, Zila akan menemani Along ke lokasi penggambaran dan sebagainya kerana kasihankan suami yang penat bekerja.

Jika ada kelapangan, bekas peserta Akademi Fantasia 4 itu sempat memasak untuk suaminya. Tambahan pula, Along sukakan masakan daripada air tangannya sendiri.

“Saya ikut dia sekurang-kurangnya boleh tolong dia pandu kereta. Kalau tiada kerja, saya teman dia. Lagipun, apa salahnya, kami sudah berkahwin.

“Bila kami di rumah, Along suka saya masak. Biasanya saya masak sedikit lauk sahaja dan mudah seperti ayam masak merah,” ujarnya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, Zila dan Along berlakon bersama-sama dalam sebuah drama berjudul Pendekar La Ti Do.

Selain berlakon, mereka berdua dan kartunis Soya menyanyi lagu runut bunyi drama tersebut.

Biarpun masih meraih pendapatan industri seni, Zila menggunakan masa terluangnya untuk membantu pasangan suami isteri Mawi-Ekin menerusi bisnes dalam talian ME World Collection.

Sambil mengisi masa lapangnya, Zila melayari laman web Facebook untuk melihat tempahan pelanggan yang berminat untuk membeli koleksi pakaian yang dijual oleh Mawi dan Ekin.

“Alhamdulillah, ada juga yang berminat untuk membeli. Tetapi ada pelbagai jenis kerenah. Ada yang bertanya tentang Ekin dan Mawi. Sesetengah tu bukan nak beli sangat tetapi seronok nak ajak berborak,” katanya.

Ditanya tentang cahaya mata, Zila berkata mereka belum nampak tanda-tanda kehamilan dan tidak menolak sekiranya dikurniakan anak secepat mungkin.

Pasangan itu diijabkabulkan pada Januari tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan