Sandra Bullock-Jesse Masih Berhubungan Kerana Anak - Berita Hiburan | mStar

Sandra Bullock-Jesse Masih Berhubungan Kerana Anak

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DEMI anak, aktres Sandra Bullock masih berhubung dengan bekas suaminya, Jesse James meskipun mereka telah berpisah.

Sebelum ini ada yang mendakwa Sandra dan Jesse akan rujuk semula. Namun dakwaan tersebut tidak benar. Komunikasi Sandra dengan Jesse memang masih lancar, namun itu dilakukan untuk menjaga perasaan anak angkat mereka, Louis.

"Dia sangat khuatir tentang apa yang orang akan fikirkan jika dia berhubung semula dengan Jesse. Jadi dia menjaga semuanya (hubungan baik) dengan anak-anak. Itu bukan alasan untuk menemuinya (Sandra menemui Jesse)," kata satu sumber, menurut Showbiz Spy, Sabtu.

Menurut sumber tersebut lagi, Sandra hanya mahu dekat dengan anaknya. Jadi tidak mungkin dia akan rujuk dengan Jesse yang mencuranginya.

"Sandy (Sandra) menyayangi anak-anak. Tetapi dia sama sekali tidak berniat untuk kembali semula kepada Jesse. Dia mahu penceraiannya dilakukan dengan cepat supaya dia boleh bergerak bebas dalam hidupnya," jelas sumber tersebut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan