Cheryl Cole Sembuh Dari Malaria - Berita Hiburan | mStar

Cheryl Cole Sembuh Dari Malaria

Diterbitkan: Ahad, 1 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI yang dinobatkan sebagai perempuan terseksi di Britain, Cheryl Cole, dikhabarkan sudah sembuh daripada penyakit malaria.

Selama menghidap malaria, Cheryl dirawat di Hospital University College di London. Ia turut berterima kasih kepada doktor yang merawatnya.

"Saya ingin mengatakan betapa saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor yang merawat saya. Saya tidak akan berada di sini (hidup) sekarang jika bukan kerana mereka," kata Cheryl menurut Female First, Sabtu.

Justeru, Cheryl mahu memberikan sumbangan kepada hospital tersebut. Bukan itu sahaja, Cheryl juga berterima kasih kepada teman lelakinya, Derek Hough.

Cheryl dijangkiti malaria selepas berlibur ke Tanzania bersama teman lelakinya, Derek. Semenjak itu, Derek selalu mendampingi Cheryl sehingga sembuh.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan