Daniel Radcliffe Tinggalkan Harry Potter Kerana Filem Seram

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DANIEL Radcliffe (gambar) sudah tujuh kali membintangi filem Harry Potter. Selepas pengambaran filem tersebut selesai, Radcliffe mahu membuang imej sebagai ahli sihir dengan melakonkan filem seram berjudul The Woman In Black.

Filem terbaru Radcliffe itu diangkat daripada novel karya Susan Hill dan dia akan menjadi salah satu bintang utamanya.

Radcliffe khuatir seandainya imej sebagai Harry Potter akan menjadi sukar selepas ini memandangkan dia sudah melakonkan watak penyihir muda itu selama hampir satu dekad.

Menurut Ace Showbiz, dalam filem The Woman In Black, aktor 21 tahun itu akan melakonkan watak seorang peguam muda bernama Arthur Kipps. Filem tersebut diarahkan oleh James Watkins.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan