Luna Maya Membisu Keluar Dari Balai Polis

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Luna Maya ketika keluar dari balai polis di Jakarta, Khamis. Gambar dari Inilah.com
Luna Maya ketika keluar dari balai polis di Jakarta, Khamis. Gambar dari Inilah.com

JAKARTA: Aktres Luna Maya (gambar) yang dikaitkan terlibat melakukan aksi lucahnya dengan Ariel “Peterporn” terus diam membisu ketika disapa wartawan selepas keluar dari Ibu Pejabat Polis Indonesia, di sini, Khamis.

Luna yang ditemani pengacara Agakhan tersipu malu seperti menyesali perbuatannya . Dia hadir mengenakan kemeja kotak-kotak warna hijau dan biru dengan kerudung warna ungu “polkadot” hitam keluar dari pintu belakang balai polis tersebut selepas menjalani pemeriksaan.

Portal Inilah.Com melaporkan bintang Indonesia itu turut menutup wajahnya dengan tudung yang dipakai. Portal itu juga menyiarkan gambar Luna ketika di balai polis.

Luna dan individu yang menemaninya tidak memberi sebarang reaksi walaupun ditanya mengenai Ariel dan Editor Muzik Peterpan, Redjoy (RJ) yang ditahan berhubung penyebaran video lucah itu.

Artis itu meninggalkan balai polis dengan menggunakan kenderaan jenis Honda CRV warna perak bernombor pendaftaran B 8473 EN.

Kunjungan Luna ke balai polis berkenaan adalah untuk kali keempat berhubung isu video porno tersebut.

Sementara itu Detikhot.Com melaporkan RJ sudah pun dibawa ke pihak berkuasa Indonesia bagi menjalani pemeriksaan dan dipertemukan dengan Luna Maya.

Menurut peguam mewakili RJ, Arif Budiarto, anak guamnya datang ke Ibu Pejabat Polis Indonesia bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

"Ya, RJ sudah ke sana sejak pagi. Sekarang sedang menjalani pemeriksaan," jelas Arif kepada portal itu.

Dalam proses pemeriksaan tersebut RJ akan dipertemukan dengan Luna Maya. Namun begitu dia belum diberikan sebarang maklumat tentang tujuan pertemuan antara Luna dan RJ.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan