Kes Khalwat Norman & Memey Ditangguh 13 Ogos

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman (kiri) dan Memey mendengar penjelasan daripada peguam syarie mereka, Fakhrul Azman di mahkamah pagi tadi. - Foto THE STAR Oleh DALILAH NADIAH MOHD SHAHRIFUDDIN
Norman (kiri) dan Memey mendengar penjelasan daripada peguam syarie mereka, Fakhrul Azman di mahkamah pagi tadi. - Foto THE STAR Oleh DALILAH NADIAH MOHD SHAHRIFUDDIN

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes dakwaan khalwat membabitkan pelakon Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza yang sepatutnya bersambung pada Jumaat terpaksa ditangguhkan setelah Hakim, Salehan Yatim telah ditukar sebagai Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Norman dan pasangannya berkata, kes tersebut akan ditangguhkan pada 13 Ogos depan.

Norman Hakim berpakaian putih manakala Memey Suhaiza berbaju kurung warna merah tiba di mahkamah pada 9 pagi sebelum pulang 40 minit kemudian.

Sementara itu, pendakwa syarie, Muhamad Nazri Basrawi memberitahu, saksi keenam yang juga orang awam, Muhamad Yusri Abd Razak sepatutnya memberikan keterangan pada prosiding hari ini.

Muhamad Yusri hadir ke mahkamah hari ini.

Norman dan Memey dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak berkhalwat di antara pukul 1.45 pagi dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey pula dituduh di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.

Mereka boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan