"Karipap-Karipap Cinta" Chef Wan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CINTA ibarat masakan jika tidak cukup segala resepi ia tidak akan menjadi. Begitu yang diibaratkan oleh Chef selebriti tersohor Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Baru-baru ini dia terlibat dalam filem terbaru arahan Othman Hafsham berjudul Karipap-Karipap Cinta mengisahkan seorang gadis yang ingin belajar membuat karipap dan akhirnya bertemu cinta sejatinya.

Biarpun wataknya hanya untuk babak pembukaan namun Chef Wan teruja kerana cerita tentang masakan mula dipandang oleh segelintir pengarah filem.

"Cerita komedi romantik ini merupakan filem saya bersama Othman Hafsham selepas tujuh tahun lalu melalui filem Soalnya Hati.

"Dia menawarkan watak ini kerana dia mahu pembukaan filem itu sinonim dengan filem komidi bercorak masakan ini. Saya senang bekerja dengan dia biarpun watak saya hanya pembukaan sahaja," ujarnya.

Menurut Chef Wan ramai yang kurang sedar bahawa masakan sebenarnya sama seperti sebuah hubungan cinta.

"Ramai yang tidak sedar bahawa percintaan sebenarnya sama sahaja dengan masakan. Dari kita mula mencari rempah ratus sehinggalah ia menjadi masakan yang sedap.

"Jika kita kekurangan satu sahaja bahan untuk sesebuah masakan ia akan menjadi tidak enak. Begitu juga dengan cinta, ia perlu cukup sifat dan saling memerlukan antara satu sama lain jika tidak ia akan hambar," katanya.

Filem yang turut dibintangi Gambit Saifullah, Melia Aimelia, Eman Manan dan ramai lagi ini juga merupakan filem yang adaptasi dari sebuah novel karya Nazri M. Annuar.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan