Jho Low Ingin Bawa Bintang Hollywood Buat Pengambaran Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jutawan muda Malaysia, Jho Low yang mempunyai rangkaian sahabat terdiri daripada selebriti Hollywood akan memastikan rakan-rakan bintangnya itu datang melabur dan membuat penggambaran di Malaysia.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar The Star, Jho Low berkata, beliau mahu membawa sahabat baiknya, Jamie Foxx dan Leonardo diCaprio melakukan penggambaran di negara ini.

Selain kedua-dua bintang filem itu, Jho Low juga diketahui bersahabat baik dengan keluarga Paris Hilton.

"Sebenarnya saya telah pun melontarkan idea ini kepada mereka dan mereka menaruh minat yang mendalam dan sekiranya ini menjadi realiti ia akan meninggalkan impak yang besar kepada industri pelancongan Malaysia," kata Jho Low anak kelahiran Pulau Pinang yang berjaya membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun.

Malah syarikat milik Jho Low sendiri telah merancang untuk membuat beberapa pelaburan yang meliputi dari dunia fesyen kepada industri hiburan terutamanya perfileman.

Jho Low juga menceritakan yang dia dan Usher penyanyi rap antarabangsa yang baru sahaja selesai mengadakan konsert di sini bercadang untuk melancarkan satu program kebajikan untuk membantu kanak-kanak di Malaysia mengembangkan bakat mereka dalam dunia perniagaan yang berkaitan dengan industri hiburan.

Dan ketika ditanya bagaimanakah perkenalan antara dia dan Usher bermula, Jho Low menjawab yang dia sebenarnya telah lama mengenali Usher.

"Saya bertemu dengan Usher di New York dan saya mempunyai satu projek kebajikan dengan Usher khusus untuk membantu generasi muda yang berminat dalam dunia perniagaan yang melibatkan industri hiburan.

"Kami membimbing dan mengajar mereka bagaimana hendak menulis pelan perniagaan iaitu sesuatu yang saya belajar ketika di Wharton Business School dahulu," kata Jho Low.

· Lagi cerita mengenai Jho Low menerusi ruangan Mansia dan Peristiwa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan