Lagu 'Opahku Bilang' Beri Tuah Tiga Pencipta Muda

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juara lagu kumpulan terbaik Keynote terdiri daripada (dari kiri) Nomad, Keroz dan Faan. - Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
Juara lagu kumpulan terbaik Keynote terdiri daripada (dari kiri) Nomad, Keroz dan Faan. - Foto THE STAR Oleh RICKY LAI

CYBERJAYA: Lagu berkonsepkan World Music, "Opahku Bilang" berjaya memenangi persembahan berkumpulan terbaik pada Konsert Akhir Keynote di Hall of Fame Universiti Multimedia Lim Kok Wing, Cyberjaya, yang diadakan malam, Selasa lalu.

Ketiga-tiga pencipta itu ialah Nur Mohd Alief Ayub (Nomad), Khairul Nizam Nazri (Keroz) dan Mohd Farhan Izharruddin (Faan).

Keynote ialah sebuah program realiti pencarian komposer pelapis muda dan konsert akhir yang dirakamkan itu disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada Rabu, pukulm 10 malam.

Penyanyi Zainal Abidin berjaya membawakan lagu tersebut dengan begitu baik dalam pertandingan tersebut.

Tiga juri iaitu M Nasir, Ramli MS dan Aidit Alfian turut teruja dibuai melodi dan keindahan lagu berkenaan.

Juri M. Nasir melabelkan lagu tersebut sebagai 'Betul-betul catchy' sementara Aidit menyifatkannya, bagus. Ramli pula berpendapat ia adalah lagu yang sangat baik.

Sistem permarkahan untuk pertandingan itu ialah 50 peratus undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 50 peratus lagi menerusi penilaian juri.

Dengan kemenangan tersebut pemenang turut memdapat pakej percutian tiga hari dua malam di Impiana Cherating, Pahang.

Bagi persembahan berkumpulan yang lain, finalis Neroshen A/L Thanaseharan (Nero) dan Raja Nazrin Shah Raja Azaham (Nazrin) menyandarkan harapan pada lagu Mari-Mari Honey yang dipersembahkan One Nation Emcees.

Lagu Ikatan Harapan berkonsepkan balada ciptaan Rina Salwani Sulong (Rina) dan Khoo Wei Yong (Khoo) pula disampaikan penyanyi Mandarin, Soo Wincci.

Dalam sidang akhbar selepas persembahan itu, Faan berkata, dia gembira dapat berkongsi ilmu mencipta lagu.

Bagi Keroz, dia menyifatkan kemenangan itu kerana kerjasama antara mereka bertiga dalam menghasilkan lirik lagu yang menarik.

Sementara untuk konsert kemuncak yang akan diadakan pada 3 Ogos nanti, kesemua peserta final akan merebut beberapa hadiah utama yang dipertandingkan.

Pemenang lagu terbaik akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000, trofi, percutian ke Koh Samui serta sebuah gitar akustik.

Tempat kedua pula bakal memperolehi RM5,000 dan trofi.

Manakala tempat ketiga membolehkan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 dan trofi.

Bagi tempat kedua dan ketiga pemenang masing-masing turut mendapat pakej percutian ke Phuket.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan