Beyonce Kekal Selebriti Umur Bawah 30 Tahun Terkaya

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

UNTUK dua tahun berturut-turut, penyanyi popular, Beyonce Knowles (gambar) terus menggungguli senarai majalah Forbes bagi kategori "12 Selebriti Bawah Umur 30 Tahun Yang Mendapat Bayaran Tertinggi".

Menurut laporan yang dipetik daripada US Magazine.com, penyanyi berusia 28 tahun itu ditaksirkan mengutip jumlah pendapatan sebanyak AS$87 juta bagi tempoh setahun yang lalu.

Jumlah pendapatan itu diperolehi daripada tiket dan hak cipta siri jelajah dunianya, bayaran sebagai duta produk Nintendo dan L'Oreal, selain jenama fesyen House of Dereon milik keluarganya itu.

Sementara itu, penyanyi Britney Spears dan Lady Gaga masing-masing menyusul di tempat kedua dan ketiga senarai itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan