Layanan Istimewa Lohan Di Penjara

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Hollywood Lindsay Lohan (gambar) menerima layanan istimewa di penjara, dedah Alexis Neiers yang baru saja dibebaskan dari penjara.

Menurut undang-undang, tahanan diwajibkan menanggalkan sambungan rambut dan bulu mata palsu semasa melaporkan diri di penjara.

Bagaimanapun, pelakon berusia 24 tahun itu dibenarkan untuk memakainya.

"Ketika dia datang, dia menundukkan kepalanya sambil berjalan dengan berpakaian warna jingga sama seperti kami," katanya kepada media.

Neiers dibebaskan dari penjara pada hari Jumaat setelah menjalani hukuman 30 hari kerana pecah masuk rumah milik Orlando Bloom.

Lohan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa dan mula menjalani hukuman penjara selama 90 hari pada minggu lalu.

Waktunya telah disingkatkan dan dia berharap akan keluar pada 2 Ogos.

Setelah meninggalkan penjara, Lohan kemudian perlu menjalani pemulihan selama 90 hari di sebuah pusat pemulihan seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan