Kehangatan Konsert Bukti Suria FM Semakin Berpengaruh

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamal Abdillah, antara penyanyi yang terlibat dalam Konsert Kemuncak Suria FM di Dataran Putrajaya, Sabtu. - Foto oleh M. AZHAR ARIF
Jamal Abdillah, antara penyanyi yang terlibat dalam Konsert Kemuncak Suria FM di Dataran Putrajaya, Sabtu. - Foto oleh M. AZHAR ARIF

GABUNGAN 19 artis lama dan baru berjaya menghidupkan Konsert Kemuncak Suria FM (KKS) yang bermula sejak jam 3 petang, Sabtu lalu.

Lebih 30,000 penonton membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan Jamal Abdillah, Anuar Zain, XPDC, Hattan, Slam, Fauziah Latiff, Dayang Nurfaizah, Alyah, Black dan ramai lagi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Azrullah Md. Nor yang ditemui pada malam konsert, penganjuran KKS adalah sebagai tanda penghargaan kepada pendengar setia yang banyak menyokong stesen itu selama ini.

Bertitik-tolak daripada respons yang diterima daripada pendengar menerusi kajian pendengar yang dijalankan oleh penyampai Suria FM sendiri, penganjuran konsert itu adalah platform terbaik untuk mendekati pendengar selain memberikan hiburan percuma kepada mereka.

"Penganjuran konsert ini dicadangkan oleh penyampai kami berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap pendengar Suria FM.

"Pada asalnya, konsert ini ingin diadakan di Dataran Merdeka tetapi disebabkan oleh beberapa kesulitan kami beralih ke Putrajaya sebagai gantinya. Walaupun diadakan agak jauh dari Kuala Lumpur, ia tetap dapat menarik lebih 30,000 penonton," katanya yang baru tiga bulan menerajui operasi Suria FM.

Mengulas tentang pemilihan barisan artis lama dan baru yang mengadakan persembahan, Azrullah berkata, gabungan penyanyi lama dan baru yang menggalas tema Otai Vs Baru adalah bersesuaian dengan tagline stesen radio itu sendiri iaitu "Muzik 90an & Baru".

Justeru, barisan artis yang ditampilkan adalah bertepatan dengan konsep muzik yang ditawarkan kepada pendengar Suria FM.

"Kami ketengahkan barisan artis lama dan baru seiring dengan "tagline" stesen kami iaitu "90an & Sekarang". Lagipun, kami percaya muzik di era 90an hinggalah hari ini mendapat perhatian dan diminati oleh orang ramai," katanya.

Ditanya pula mengenai kedudukan Suria FM yang kini meningkat di tangga keempat dan perancangan masa depan stesen itu, Azrullah berkata, sokongan dan kesetiaan pendengar terhadap stesen itu telah memberi impak kepada peningkatan kedudukan Suria FM bagi stesen radio berbahasa Malaysia.

Meletakkan sasaran untuk menjadi nombor satu dalam masa dua tahun, Azrullah turut optimis bahawa pihaknya akan memfokus kepada pengisian program yang lebih berkualiti dan memikat pendengar selain memperkuatkan barisan penyampainya di masa akan datang.

"Sokongan dan kesetiaan pendengar amat kami hargai kerana banyak membantu meningkatkan kedudukan stesen ini. Namun, kami ingin memberikan lebih banyak pengisian yang lebih baik kepada pendengar.

"Matlamat kita adalah untuk bergelar nombor satu dalam masa dua tahun. Banyak aspek yang perlu diteliti termasuklah publisiti, pengisian program dan penyampai yang akan ditingkatkan secara berperingkat untuk menarik lebih banyak pendengar.

"Saya yakin dengan pengisian program yang baik dan menepati selera pendengar, serta aktiviti berterusan Suria FM, kita boleh capai sasaran itu dalam masa dua tahun," katanya yang memaklumkan jumlah pendengar Suria FM kini mencecah 1.7 juta orang.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan