Yassin Ditahan Reman 3 Tiga Hari

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Yassin atau nama sebenarnya, Yassin Yahya (gambar) ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kesalahan mengambil dadah jenis ganja.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, tempoh tahanan reman itu adalah bagi membolehkan ujian makmal terhadap air kencing pelawak berkenaan disahkan positif dadah.

"Kita telah memperolehi reman selama tiga hari bagi menahannya untuk mendapatkan keputusan ujian makmal mengenai air kencingnya.

"ujian yang dijalankan semasa dia ditahan adalah prosedur polis, namun kita perlu dapatkan pengesahan daripada pihak hospital," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pelakon berusia 32 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 1 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Subang Jaya selepas ujian air kencingnya disahkan positif dadah jenis ganja.

Dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid di sini semalam, seramai 30 pengunjung pusat hiburan tersebut telah diperiksa dan menjalani ujian air kencing.

Polis turut menahan pengurusnya dan seorang ahli perniagaan, juga atas kesalahan sama mengikut Seksyen 15 (1) Akta dadah Berbahaya.

Selain itu menurut Zainal, Yassin akan dibebaskan dengan jaminan polis sekiranya ujian berkenaan gagal diperolehi dalam tempoh berkenaan.

"Kebiasaannya memang tiga hari tak sempat untuk dapatkan keputusan makmal, maknanya selepas itu kita akan bebaskan dia dengan jaminan polis.

"Tapi selepas kita dapatkan keputusan makmal dan jika disahkan positif (dadah), kita akan berhubung dengan pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Yassin, 31, sebelum ini pernah ditahan pada tahun 2001 atas dakwaan memiliki 0.05 gram syabu di sebuah kondominium dekat Jalan Damansara Indah.

Dia yang dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada tahun 2005.

Pada Jun 2002, Yassin sekali lagi dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada dua tuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya dan Akta Dadah Racun 1952.

Mengikut pertuduhan ketika itu, Yassin dan beberapa rakannya didakwa memiliki 14.72 gram ganja dan 34 botol kecil berisi 2.6 liter cecair hitam yang mengandungi 0.44 peratus kodein di sebuah rumah dekat Jalan Genting Klang pada 23 Oktober 2001.

Pada 5 Januari 2006, Yassin dan seorang rakan didakwa atas tuduhan memasukkan dadah syabu ke dalam badan. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 petang, 2 Januari 2006 di sebuah rumah No. 20, Blok H, Flat PKNS, Taman Keramat dekat sini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan