Mansur Puteh: Rakan Universiti Dah Jadi Presiden AS dan Menang Oskar Tapi Dia...

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mansur menunjukkan skrip Malaysian Snow ketika sidang media di Gallery Cafe Balai Seni Lukis Negara semalam. - Foto oleh RICKY LAI HUA TECK
Mansur menunjukkan skrip Malaysian Snow ketika sidang media di Gallery Cafe Balai Seni Lukis Negara semalam. - Foto oleh RICKY LAI HUA TECK

PENERBIT filem kontroversi Mansur Puteh berkata, beliau telahpun membuat tuntutan balas terhadap saman yang dikemukakan oleh Bank SME ke atasnya bagi projek filem Malaysian Snow - sekaligus menuntut ganti rugi lebih RM40 juta daripada bank tersebut.

Bank SME telah memohon di Mahkamah Tinggi Jalan Duta agar perjanjian pinjaman antara bank itu dan syarikat Unity Filem milik Mansur diisytiharkan batal.

Ekoran daripada itu, Mansur telah melantik peguamnya, Azhar Arman Ali untuk menguruskan kes tersebut pada 6 Jun dan 16 Julai lalu. Kes itu akan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Mansur pernah membuat permohonan pinjaman daripada SME Bank melalui Skim Bantuan Pembiayaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) untuk menerbitkan filemnya, Malaysian Snow.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini penerbitan filem itu tidak berjaya disiapkan.

“Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar saya dapat memulakan penggambaran filem Malaysian Snow di United Kingdom, London, Melaka dan Kuala Lumpur selepas Hari Raya Puasa tahun ini,” ujarnya dalam satu sidang media di Gallery Café Balai Seni Lukis Negara, semalam.

Mansur juga nekad untuk mempercepatkan penerbitan filem yang menjadi tesis pengajian sarjananya ketika belajar di Universiti Columbia, New York dalam jurusan Fine Arts in Film Directing pada tahun 1978 itu kerana pihak universiti berkenaan telah mengugut untuk menyamannya jika tidak menyiapkan filem tersebut.

Filem Malaysian Snow adalah penghargaan Mansur kepada mereka yang telah belajar di Universiti Nottingham khususnya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Mansur, filem tersebut adalah filem Melayu pertama yang akan melakukan penggambaran hampir 80 peratus di Nottingham, England.

Mansur memerlukan kos RM1.2 juta untuk menyiapkan filem yang mengisahkan tentang dua pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Universiti Nottingham, England. Mereka pada mulanya hendak melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, namun segala-galanya bertukar setelah berlaku peristiwa 11 September.

Setakat ini, dia belum boleh menyenaraikan nama-nama pelakon memandangkan sebelum ini dia telah memilih Que Haidar dan Hasnul Rahmat. Namun, kesudahannya tidak menjadi.

Mansor juga menyatakan kekecewaannya kerana rakan sekelasnya ketika di Columbia University seperti Ron Nyswaner telahpun menghasilkan skrip yang memenangi anugerah oskar melalui filem ‘Philadelphia’ yang dibintangi oleh Tom Hanks dan Denzel Washington sedangkan dia masih bergelut dengan soal-soal birokratik yang menghalang kemajuan garapan karya seninya.

Malah katanya, Barack Obama yang merupakan juniornya di Columbia University 28 tahun lalu sudahpun menjadi presiden Amerika Syarikat tetapi dia masih bergelut untuk menerbitkan filem Malaysian Snow yang merupakan hasil tesis untuk program sarjananya di universiti berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan