Angelina Jolie Menyendiri di Bilik Mandi

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEHIDUPAN aktres jelita Angelina Jolie yang sangat sibuk dengan penggambaran dan menguruskan enam anaknya membuatkan Jolie sukar untuk mencari waktu menyendiri.

Namun begitu Jolie mempunyai cara tersendiri bagi memberi ruang kepadanya bersendirian iaitu dengan menghabiskan masanya bilik mandi terutamanya pada waktu pagi.

"Kebanyakan wanita yang sudah berumah tangga dan memiliki anak sukar untuk mencari waktu bagi dirinya sendiri. Oleh itu saya ambil kesempatan ini sebagai waktu untuk menyendiri," ujarnya seperti dipetik Showbizspy.

Bintang berusia 35 tahun ini juga beruntung kerana memiliki pasangan seperti Brad Pitt yang sering menyokongnya dalam segala hal.

"Brad dan saya selalu berkompromi untuk menjaga anak-anak. Seperti sekarang, dia sedang bekerja, giliran saya yang akan menjaga anak-anak," katanya.

Bagi Jolie Brad adalah pasangan yang luar biasa dan selalu memberinya kebebasan dalam ruang dan waktu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan