Scarlett Johansson Ambil Watak Selepas Ditolak Jolie

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Scarlett Johansson bakal membintangi filem fiksyen arahan Alfonso Cuaron.

Watak ini sebelumnya diberikan kepada pelakon popular Hollywood Angelina Jolie namun dikhabarkan pelakon tersebut menolak tawaran itu kerana watak utama akan dikongsi bersama pelakon lain.

Biarpun belum disahkan, Splash News telah memberitakan bahawa Scarlett yang baru muncul dengan filem Iron Man 2 sudah bersetuju untuk melakonkan watak itu.

Lebih menarik lagi, Johansson bakal berpasangan dengan Robert Downey Jr dalam filem berjudul Gravity ini seperti dalam filem Iron man 2.

Filem ini juga akan mengangkat kisah seorang angkasawan wanita yang berusaha untuk kembali ke bumi setelah misi luar angkasa mereka berakhir dengan kekacauan.

Seperti filem-filem lainnya Gravity juga akan dibuat dalam format 3D.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan