Justin Bieber Masuk 'Penjara' - Berita Hiburan | mStar

Justin Bieber Masuk 'Penjara'

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GAMBAR Justin Bieber sedang mengenakan baju tahanan berwarna oren yang tertera di akaun Twitter miliknya pasti menjadi tanda tanya.

Adakah penyanyi lagu Baby ini bakal menjalani hukuman penjara atas kesalahannya seperti yang terjadi kepada Lindsay Lohan?

Manakala di status akaun Twitter miliknya juga mengatakan dia bakal menjalani hukuman kerana kenakalannya.

Namun begitu ia bukanlah kejadian sebenar kerana Justin bakal memegang watak budak nakal dan bermasalah sehingga dimasukkan ke dalam penjara seperti dipetik dari Showbizspy.

Bintang berusia 16 tahun ini memberitahu teruja dengan watak dalam filem CSI selain juga cubaan pertamanya dalam bidang lakonan.

"Ini adalah pengalaman yang sangat menakjubkan. Saya sangat teruja untuk melakonkannya dan mengajak orang ramai untuk menyaksikan filem ini," kata Justin dalam Twitternya.

Dalam pada itu, penerbit filem CSI juga memberitahu mudah untuk bekerjasama dengan Justin kerana penyanyi yang berasal dari Kanada itu bersedia untuk mengikuti program yang diaturkan serta rangka promosi filem tersebut. Malah pihak produksi memberikan pujian kepadanya.

"Setiap 20 tahun, fenomena seperti Justin Bieber akan muncul di dunia. Kami percaya fenomena CSI juga akan mendapatkan impak yang sama," ujarnya.

Episod yang menampilkan Justin Bieber akan ditayangkan pada 23 September ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan