Artis Berbadan "Comel" Luah Perasaan

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Mempunyai saiz badan lebih besar dari biasa bukan bermakna mereka boleh dipermainkan
Mempunyai saiz badan lebih besar dari biasa bukan bermakna mereka boleh dipermainkan

SERINGKALI orang menganggap seorang yang mempunyai tubuh badan besar boleh dijadikan bahan lawak.

Bagi Adibah Nor, dia tidak kisah jika ramai yang menganggap dirinya sebagai pelawak dan ketawa setiap kali dia muncul di hadapan kemera.

Namun begitu baginya ada batasan yang perlu dijaga terutamanya ketika di luar waktu dia bekerja supaya tidak mempersendakan bentuk badannya itu.

"Saya memang tidak kisah kalau orang anggap saya pelawak walaupun saya penyanyi. Mungkin saya terlalu comel dan lucu membuatkan orang ramai geram melihat saya di televisyen. Tetapi sebenarnya saya di luar adalah seorang yang serius.

"Ramai juga yang kata saya sombong dan tidak mesra. Memang jujurnya kalau peminat yang datang untuk bermesra secara baik saya akan terima tapi kalau mereka yang tidak dikenali tiba-tiba datang dengan cara yang kurang sopan juga membuatkan saya rasa kurang selesa.

"Ada juga yang menganggap saya melawak 24 jam dan datang kepada saya seperti sudah terlalu lama kenal. Seperti manusia biasa, saya juga ada perasaan takut jika orang tidak dikenali datang depan kita," ujarnya.

Menurut Adibah, dia tidak berkecil hati jika ada yang menganggap dia seorang yang kelakar tetapi bukan dengan cara yang kurang sopan atau menjengkelkan.

"Ada segelintir yang menjadikan perut saya sebagai bahan lawak. Mereka bergambar sambil memeluk atau menunjuk perut saya, saya tahu itu gurauan tetapi mereka perlu tahu saya juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Manakala bagi Bob AF2, faktor badannya juga menjadikan dia sebagai artis yang sering dianggap lucu. Tetapi secara jujur dia gembira dengan hal itu dan tidak pernah terfikir untuk berubah menjadi kurus.

"Saya selesa dengan berat badan kini, ramai juga yang menyuruh saya diet dan jadi seperti Aizat tetapi saya rasa tidak perlu. Saya juga banyak ditawarkan melakonkan watak-watak komedi kerana saiz saya yang comel ini.

"Tapi jauh disudut hati saya teringin untuk bawa watak-watak yang serius jika diberi peluang. Tapi saya tahu ia bukan mudah sebab jika kami keluar sahaja watak serius pasti bertukar menjadi watak komedi," katanya ketika ditemui baru-baru ini di rakaman program Itu Dia.

Pelawak Syanie pula pernah mengalami pengalaman digigit peminat akibat dari perasaan geram terhadap saiz badannya yang besar.

"Ketika itu saya ada penggambaran di Segamat Johor tiba-tiba didatangi seorang kakak yang ingin bermesra dengan saya. Tiba-tiba kakak itu beritahu geram melihat saya dan meminta izin untuk mengigit saya.

"Dia gigit tangan saya sekuat hatinya sampai meninggalkan lebam selama seminggu. Ketika itu juga saya menangis mengadu kepada ibu saya sebab sakit sangat," ujarnya sambil ketawa mengenangkan peristiwa tersebut.

Kini berat badan Syanie sudah berkurangan kerana pembedahan pintasan perut yang dilakukannya tahun lalu dan dia juga mengakui ramai yang tidak mengenalinya berbanding dahulu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan