Katrina Tunjuk Kehebatan Menari Dalam Tees Maar Khan - Berita Hiburan | mStar

Katrina Tunjuk Kehebatan Menari Dalam Tees Maar Khan

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPERTI yang diketahui, bintang filem Bollywood, Katrina Kaif gemar menari dan selalu mempelajari stail tarian terbaru.

"Saya sangat seronok menari," kata Katrina menurut newkerala.com, Jumaat.

Walaupun dua buah filemnya Ajab Prem Ki Ghazab Kahani dan Rajneeti sebelum ini tidak menunjukkan kehebatan tariannya, bagaimanapun dia akan kembali merealisasikan minatnya menerusi filem arahan pengarah dan koreografer Farah Khan berjudul Tees Maar Khan.

Katrina Kaif akan menggoyangkan kaki dan pinggulnya dalam filem tersebut dengan mendapat tunjuk ajar Farah sendiri.

Menurut salah seorang sumber: "Dalam lagu Sheela Ki Jawani penonton dapat melihat Katrina Kaif menari dengan mendapat latihan daripada seorang jurulatih dari Brazil.

"Memandangkan Katrina sangat suka menari, Farah memilih untuk menunjukkan kepada penonton bagaimana bagusnya seorang penari seperti Katrina."

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan