Polis Siasat Dakwaan Grigorieva Peras Ugut Gibson - Berita Hiburan | mStar

Polis Siasat Dakwaan Grigorieva Peras Ugut Gibson

Diterbitkan: Sabtu, 24 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mel Gibson (kanan) dan Oksana Grigorieva ketika hadir di tayangan perdana filem, Edge of Darkness di Madrid pada 1 Februari 2010. - Foto REUTERS
Mel Gibson (kanan) dan Oksana Grigorieva ketika hadir di tayangan perdana filem, Edge of Darkness di Madrid pada 1 Februari 2010. - Foto REUTERS

POLIS telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan pelakon Mel Gibson bahawa bekas kekasihnya Oksana Grigorieva cuba memeras ugut AS$10.07 juta daripadanya untuk mendapatkan rakaman audio maki hamunnya di telefon.

Rakaman tersebut dipercayai mengandungi maki hamun Gibson terhadap penyanyi Rusia itu.

Ia muncul beberapa hari selepas Grigorieva menuduh pelakon Braveheart itu memukulnya ketika mereka bertengkar.

Pasangan selebriti itu berpisah awal tahun ini. Mereka sedang menjalani perbicaraan untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Lucia.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan