Katy Perry Sanggup Bogel Demi Album

Diterbitkan: Jumaat, 23 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI remaja yang bakal membuat persembahan di Malaysia pada MTV World Stage 2010, Sabtu depan iaitu Katy Perry (gambar) dilaporkan sanggup bergambar separuh bogel untuk kulit album terbarunya iaitu Teenage Drama.

Perry yang gembira dan berpuas hati dengan hasil albumk itu menyifatkan foto yang mendedahkan bahagian atas badannya sebagai 'hebat'.

Menurut laporan di laman web acesshowbiz.com, potret oleh pelukis kontemporari terkenal, Will Cotton itu menyaksikan Perry berbaring di atas prop gula-gula berbentuk awan dalam keadaan berbogel separuh badan.

"Oh, Tuhan. Apa yang akan ibu saya kata apabila melihat gambar ini? Saya teruja, berdebar dan agak gemuruh kerana ini (gambar) adalah karya seni sejati saya yang pertama selain potret gambar saya ketika sedang membesar dulu yang tergantung di dinding rumah Gwen Stefani.

"Bagaimanapun, gambar ini hanya untuk tujuan kulit album sahaja, bukan untuk cetakan, edaran atau apa sahaja tujuan lain. Saya berharap orang ramai dapat mengenalpasti gambar ini adalah terjemahan diri saya yang sebenar," katanya sebaik sahaja melihat gambar itu.

Tambah Perry, "Saya ingin hasilkan sebuah karya yang akan memberi impak besar dan diingati. Saya rasa hasil kerja ini akan pasti diingati kelak."

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan