Aksi Cium Krisdayanti Dikutuk Peminat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI yang sedang dihimpit kontroversi, Krisdayanti (KD) sekali legi dikecam apabila berani tampil mesra dan bercium bibir di khalayak bersama kekasih, Raul Lamos.

Perlakuan yang dirakam pada Rabu lalu disalah sebuah stesen televisyen Indonesia menimbulkan reaksi pelbagai pihak, malah sebuah laman sosial khas telah dibina mengutuk aksi tersebut.

Group 'Say No To Krisdayanti' dibina dengan menggunakan gambar profil ciuman mesra KD dan kekasihnya telah mendapat maklum balas sangat drastik. Belum pun 24 jam laman tersebut telah mencapai sebanyak 2,327 ahli dan memberi pelbagai komen.

Pelbagai kritikan dan tomahan dilemparkan kepada pasangan yang sedang hangat bercinta ini. Antara komen yang terdapat pada laman tersebut: "Sudah beri contoh tidak baik kepada anak, ingat kepada mereka jangan terlalu fikir keseronokan sendiri sahaja," salah satu komen yang terdapat dalam Facebook tersebut.

Mereka kurang setuju dengan tindakan diva Indonesia ini dan menganggap KD sudah keterlaluan sehingga berani berada di khalayak dan berbuat hal demikian biarpun Raul masih lagi suami kepada Athalia.

Bukan sekadar gambar profil sahaja malah banyak lagi gambar-gambar mesra KD dan ekkasihnya dimuat naik sebagai paparan kepada ahli group facebook tersebut.

Terdahulu dalam sebuah temuramah, KD memberitahu sudah bersedia dengan imej buruk yang akan dilemparkan kepadanya akibat dari kisah cinta mereka.

"Saya sudah bersedia dengan itu (imej buruk), saya tahu pro dan kontranya pasti ada. Saya hanya mahu berada dalam keadaan realitinya. Risiko penerimaan masyarakat saya sudah bersedia," katanya seperti dipetik Vivanews.com.

Pepatah yang mengatakan cinta itu buta sememangnya tepat diberikan kepada KD. Cintanya terhadap jutawan Raul menyebabkan dia yang dahulunya disenangi oleh peminatnya kini semakin dibenci. Namun menurut KD dia hanya mahu bahagia.

"Sekarang dia datang kepada saya dan membuat saya bahagia. Raul orang yang saya cintai, dia membawa semangat dan buat saya tersenyum di pagi hari," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan