Penampilan Sulung Megan Fox Selepas Berkahwin

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Megan Fox hadir ke 2010 VH1 Do Something Awards di Los Angeles, pada 19 Julai 2010. - Foto AP
Megan Fox hadir ke 2010 VH1 Do Something Awards di Los Angeles, pada 19 Julai 2010. - Foto AP

KEHADIRAN pelakon, Megan Fox pada sebuah majlis kebajikan di Los Angeles merupakan penampilan pertama di khalayak sejak dilaporkan telah berkahwin dengan Brian Austin Green di Hawaii, pada 10 Jun lalu.

Media melaporkan bintang drama Glee, Jane Lynch mengacarakan majlis tersebut yang bertujuan meraikan golongan selebriti dan golongan muda yang memberikan sumbangan kepada perubahan sosial.

Megan Fox memberikan kejutan apabila menaiki pentas untuk menyampaikan salah satu anugerah dan dilihat memakai kedua-dua cincin pertunangan dan perkahwinannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan