Mizz Nina Jelaskan Lagu Berbaur Seksual

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mizz Nina di majlis pelancaran album solo pertamanya, What You Waiting For di Zouk, Jalan Ampang, baru-baru ini. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Mizz Nina di majlis pelancaran album solo pertamanya, What You Waiting For di Zouk, Jalan Ampang, baru-baru ini. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

MUNGKIN bagi segelintir pihak, mesej tersirat yang berbaur seksual, alkohol, dadah mahupun keganasan dalam sesebuah lagu bukanlah satu isu besar.

Terutamanya di kalangan pendengar remaja dan muda, apa yang lebih penting adalah melodi lagu itu sedap didengar dan menarik perhatian.

Jika lagu itu memang memikat, kita tidak peduli akan cerita yang terkandung dalam lagu itu sekalipun liriknya mengandungi mesej yang negatif.

Unsur yang sama juga dikesan pada lagu terbaru penyanyi Mizz Nina iaitu What You Waiting For. Lagu berbahasa Inggeris yang dipetik daripada album solo pertamanya itu mengandungi mesej tersirat yang agak 'nakal' dan kurang sesuai dengan budaya masyarakat kita.

Mendengarkan melodi lagu itu yang rancak dan penuh bertenaga, pasti ramai yang menganggap ia tidak lebih daripada sebuah lagu yang menghiburkan dan tidak membawa apa-apa kesan negatif.

Namun, jika dihayati bait-bait lirik dan mesej yang tersirat dalam lagu itu, karya ciptaan Koolade dan James Knox itu sebenarnya bercerita tentang pesta liar, pergaulan bebas antara muda-mudi dan berbaur seksual.

Ditanya mengenai perkara itu, wanita yang mesra disapa Nina ini tidak menyangkal bahawa bait-bait lirik lagu itu mungkin agak kontroversi dan 'nakal'.

Sebagai penyanyi yang sedar akan tanggungjawab sosialnya, dia sama sekali tidak melihat perkara itu sebagai satu isu. Sekalipun ia mungkin berbentuk provokasi Nina sama sekali tidak berniat atau sengaja untuk mendorong peminat untuk mengikuti apa yang disampaikan dalam lagu itu.

"Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata-mata. Ia hanyalah sebuah lagu tentang kemeriahan hidup dan pesta muda-mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan.

"Memang saya akui liriknya agak 'nakal' tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat untuk melakukan seperti mana dalam lagu itu. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu," katanya.

Mengulas tentang mesej tersirat dalam lagu itu yang seolah ingin memprovokasi khalayak menerusi lirik yang berbaur elemen seksual, Nina berkata, perkara itu terpulang kepada penterjemahan dan penerimaan masing-masing.

"Mungkin ada yang menganggap saya sengaja ingin memprovokasi khalayak dengan lirik lagu yang begitu tapi bagi saya ia hanyalah sebuah lagu.

"Saya tidak fikir orang ramai akan terpengaruh atau menganggap saya menggalakkan atau mengagungkan gaya hidup masyarakat Barat pula.

"Saya harap masyarakat dapat menerima lagu itu dan muzik saya seadanya. Nikmatilah ia sebagai bentuk hiburan dan tanpa prejudis," jelasnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan