Lindsay Lohan Ke Penjara Akhirnya

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS pelbagai 'kenakalan' dan siri perbicaraan memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar parol oleh penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan (gambar) mendapat hebahan meluas di seluruh dunia, bintang Hollywood bermasalah itu akhirnya sah ke penjara selepas dijatuhkan hukuman, Selasa.

Hukuman penjara selama 90 hari itu dijatuhkan oleh Hakim Hakim Marsha Revel selepas penyanyi itu didapati bersalah melanggar parol ekoran kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Tanpa mengambil masa yang panjang, Revel menjatuhkan hukuman itu selepas disabit kesalahan kerana gagal menghadiri tujuh kelas pemulihan sepanjang tempoh 90 hari itu.

Jurucakap Jabatan Syerif Negeri Los Angeles, Steve Whitmore dalam kenyataannya dipetik sebagai berkata, Lohan memberikan kerjasama yang sangat baik ketika hukuman yang menempatkannya di penjara Lynwood dijatuhkan sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan, Selasa.

Ketika pelakon Freaky Friday itu dibawa keluar dari perkarangan mahkamah di Beverly Hills itu, helikopter pelbagai stesen TV dilihat mengekori bagi merakamkan kereta polis yang membawa aktres itu ke kawasan pusat pemulihan di Lynwood yang terletak di bahagian selatan pedalaman Los Angeles.

Sekumpulan media dan peminat penyanyi itu turut hadir memenuhi bilik mahkamah ketika hukuman dibacakan. Lohan ditemani oleh peguamnya, Shawn Chapman Holley dan bukannya peguambela Robert Shapiro seperti yang dijangka.

Bapa Lohan yang turut berada di mahkamah sempat berteriak, "Kami sayangkan awak, Lindsay!" sejurus hukuman dibacakan kepada penyanyi itu. Seorang peminat juga kelihatan menyarung baju yang terpampang gambar penyanyi itu dengan perkataan "Linnocent", manakala segelintir peminat lain melontarkan konfetti emas pada sepanjang laluan di dalam bilik mahkamah sebagai tanda sokongan kepada Lohan.

Jika sebelum ini Lohan kelihatan menangis ketika hadir di mahkamah, bintang berusia 24 tahun itu bagaimanapun cukup tenang dan pasrah ketika hukuman itu dibacakan pada Selasa lalu.

Sementara itu, pihak berkuasa juga berkata, tempoh tahanan Lohan sebenarnya mungkin dikurangkan kepada satu perempat daripada tempoh yang ditetapkan ekoran kesesakan di dalam penjara di California, selain mempertimbangkan kesalahan kecil yang dilakukannya.

Lohan bakal ditempatkan di Pusat Tahanan Tempatan Century, Lynwood, Los Angeles.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan