Jawatan KP Finas: Mahyidin Tidak Hirau Komen David Teo

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Mahyidin Mustakim (gambar) berkata, dia tidak ambil kisah terhadap komen produser filem, David Teo yang mahu melihat jawatan tertinggi itu dipegang oleh orang lain.

Mohd Mahyidin berkata, David Teo tidak layak untuk memberikan ulasan tentang kedudukannya melainkan dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Saya berkhidmat secara kontrak di bawah kementerian. Kalau menteri mempunyai calon lain, saya akan menerima keputusan menteri sepenuhnya. Ia sepatutnya bukan pendapat David Teo," katanya kepada MStar Online.

Produser Ahmad Idham antara individu yang dikatakan akan memegang jawatan itu tetapi dia menafikannya.

Semalam, akhbar melaporkan David berpendapat tempoh perkhidmatan Mohd Mahyidin sudah cukup dan mungkin sudah tiba masanyan untuk kerajaan memberi ruang kepada muka baru menerajui agensi itu.

Produser MIG Production Sdn Bhd itu berkata, sudah sampai masanya orang yang mempunyai pemikiran baru diberi peluang untuk membawa kemajuan kepada industri.

Bagaimanapun, David turut akur segala keputusan yang akan dibuat nanti terletak di tangan menteri.

Ketika ditanya sama ada isu itu mengganggu tugasnya sekarang, Mohd Mahyidin memberitahu, beliau tidak terjejas dengan segala laporan.

Sebagai penjawat awam, katanya, dia akan menjalankan semua tugas serta program mengikut Dasar Perfileman Negara.

"Setiap tahun, kementerian telah menggariskan senarai projek serta tugas yang perlu dilakukan," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan