Pelantikan Ahmad Idham & David Teo Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas Dibantah

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Dari kiri; Norman Abdul Halim, Ahmad Puad Onah, M.Daud dah Shuhaimi Baba dalam sidang media mempertikaikan perlantikan Ahmad Idham dan David Teo sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas. Sidang media diadakan di PWTC, Selasa.
Dari kiri; Norman Abdul Halim, Ahmad Puad Onah, M.Daud dah Shuhaimi Baba dalam sidang media mempertikaikan perlantikan Ahmad Idham dan David Teo sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas. Sidang media diadakan di PWTC, Selasa.

KUALA LUMPUR: Pelantikan dua individu yang masih aktif dalam bidang seni iaitu pengarah Ahmad Idham dan produser filem David Teo sebagai ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dilihat tidak adil dan bertentangan dengan Akta Finas.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah berkata pelantikan itu adalah satu diskriminasi terhadap penggiat filem kerana dua individu terbabit dilihat boleh menggunakan kedudukankan mereka untuk kepentingan peribadi.

Dalam satu sidang media tergempar di sebuah restoran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Selasa, Ahmad Puad berkata, pelantikan itu tidak wajar dan menyalahi peraturan yang diguna pakai sebelum ini.

“Kami tidak bersetuju dengan pelantikan itu kerana kami percaya akan wujud “unfair advantage” (ketidakadilan) daripada ahli lembaga pengarah Finas sekiranya pelantikan itu di kalangan penggiat seni yang masih aktif,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Presiden PFM, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Setiausaha PFM, Norman Abdul Halim, Timbalan Presdien Gafim, Datuk M.Daud Wahid dan Presiden Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia, Khir Mohd. Noor.

Selain Ahmad Idham, penerbit filem David Teo juga antara penggiat seni yang masih aktif dilantik sebagai ahli lembaga pengarah perbadanan itu.

Kontrak Ahmad Idham untuk jawatan tersebut yang sepatutnya tamat pada 1 Julai lalu disambung semula untuk setahun lagi.

Sidang media itu dilakukan apabila timbul ura-ura kononnya Ahmad Idham akan menerajui Finas sebagai Ketua Pengarah selepas penyandangnya Mohd. Mahyidin Mustakim akan tamat kontrak pada Ogos ini.

Kata Ahmad Puad, PFM menerima bantahan daripada ahli-ahli yang tidak bersetuju dengan pelantikan dua individu tersebut bukan atas sebab-sebab peribadi sebaliknya atas kepentingan bersama.

Sehubungan itu persatuannya telah menghantar memorandum bantahan bertarikh 14 April 2010 kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Dalam memorandum itu turut dinyatakan lima sebab pelantikan Ahmad Idham dan David di bantah kerana mereka dilihat akan mempunyai konflik kepentingan, menyekat peluang penerbit filem lain mendapatkan dana, tidak produktif kepada industri, tidak beretika dan perkara-perkara lain.

Bagaimanapun katanya sehingga hari ini PFM tidak mendapat maklum balas dan alasan daripada pihak menteri kenapa pelantikan kedua mereka adalah wajar.

Katanya, mengikut perlembagaan Finas sendiri, ahli lembaga pengarah hendaklah dilantik di kalangan individu tertentu termasuklah mereka yang tidak lagi bergiat aktif dalam bidang perfileman.

“Sekiranya David dan Ahmad Idham berada dalam Finas sebagai individu yang mempunyai kuasa, sama ada mereka bersetuju atau tidak dalam setiap keputusan yang dibuat akan dilihat seperti mempunyai kepentingan.

“Sekiranya mereka terima sesuatu keputusan dalam mesyuarat yang dibuat, ia seolah-olah tidak adil kerana mereka adalah penggiat filem. Jika mereka menerima atau menolak sesuatu usul yang dibangkitkan dalam mesyuarat ia akan menimbul macam-macam persepsi. Ini tidak wajar,” katanya.

Atas dasar itu jelas Ahmad Puad, pelantikan berkenaan hendaklah dikaji semula untuk membolehkan industri perfileman boleh berkembang secara sihat.

Katanya, selama memegang jawatan dalam perbadanan itu, kedua-dua mereka gagal memberi sumbangan yang baik terhadap industri filem sebaliknya mementingkan produk mereka sendiri.

Ahmad Idham juga ujar Ahmad Puad turut menggunakan kedudukannya untuk membuat pinjaman dua buah filem arahannya selain banyak poster-poster filem terbitan Metrowealth ditampal di dalam pejabat Finas.

Sementara itu Norman pula berkata, dengan ura-ura kononnya Ahmad Idham akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Finas, ia menambahkan lagi rasa kurang senang ahli terhadap keputusan itu.

Dengan cara menyindir Norman berkata, jika Idham dilantik ke jawatan itu, pihak berkenaan juga boleh melantik David Teo sebagai Pengerusi agensi tersebut.

“”Kalau macam tu biar Finas jadi syarikat Finas Sdn. Bhd. sahaja, lagi senang,” luahnya dengan rasa kecewa.

Sementara itu Ahmad Idham seperti yang dilaporkan Berita Harian, Selasa menafikan pelantikannya sebagai Ketua Pengarah Finas sebaliknya mengaku menerima surat lanjutan kontraknya sebagai ahli lembaga pengarah perbadanan itu untuk penggal kedua berkuat kuasa 1 Julai lalu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan