Daphne Iking Cenderung Buat Kerja Amal

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daphne Iking lebih cenderung melibatkan diri dalam kerja-kerja amal. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
Daphne Iking lebih cenderung melibatkan diri dalam kerja-kerja amal. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI

MODEL dan pengacara The Breakfast Show, Daphne Iking lebih cenderung melibatkan diri dalam kerja-kerja amal walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai model dan tugas menjaga anaknya Isobell.

Daphne berkata, dia selesa menjalankan aktiviti amal pada setiap hujung minggu bersama kawan-kawannya.

Katanya, dia pernah pergi ke beberapa rumah kebajikan dan menghabiskan masa selama kira-kira empat jam semata-mata untuk menanam pokok.

"Saya turut membawa Isobell bersama semasa menyertai aktiviti-aktiviti amal tersebut. Saya biarkan dia merasai apa yang saya buat. Misalnya, dia bermain tanah ketika saya menanam pokok dan sebagainya," katanya kepada MStar Online.

Dia ditemui ketika mengacarakan pelancaran rancangan terbaru ntv7, Drive di Restoran Delicious, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, Selasa.

Daphne turut menyertai bengkel untuk membantu orang-orang pelarian serta projek membina rumah papan.

Pada hujung minggu ini, dia akan terlibat dengan aktiviti amal bermain go-kart untuk mengumpulkan dana bagi membiayai sebuah pusat penjagaan kanak-kanak kurang upaya serta mangsa gangguan seksual.

Sementara itu, Daphne memberitahu turut menjadi ahli The Celepets yang mempunyai beberapa artis lain terdiri daripada Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Dynas, Yasmin Hani, Serena C dan Atilia.

Antara aktiviti kumpulan itu, akan mengeluarkan kad ucapan Hari Raya yang diusahakan bersama sebuah syarikat korporat.

"Kami akan bekerja sama menghasilkan kad Hari Raya pelbagai tema dengan menyokong konsep 1Malaysia yang cuba diketengahkan oleh Perdana Menteri kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan