Mohd Mahyidin Tidak Pasti Kedudukannya Dalam Finas

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Mohd Mahyidin Mustakim mengesahkan kontraknya untuk jawatan itu akan tamat Ogos ini.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada kontraknya akan disambung Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ataupun tidak.

Beliau telah memegang jawatan berkenaan sejak empat tahun lalu.

"Tidak ada apa-apa berita lagi daripada kementerian sama ada untuk menyambung perkhidmatan saya atau pun tidak," katanya kepada MStar Online.

Desas desus bertiup kencang bahawa pelakon, penerbit dan pengarah, Ahmad Idham akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Finas menggantikan tempat Mohd Mahyidin.

Ahmad Idham bagaimanapun menafikan khabar angin tersebut sebaliknya mengesahkan dia hanya menerima surat perkhidmatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas dilanjutkan.

Ketika diajukan persoalan sama ada penggiat seni seperti produser filem atau artis sesuai memegang jawatan ketua pengarah perbadahan itu, Mohd Mahyiddin berkata, dia tidak boleh memberikan sebarang komen.

"Biar orang industri yang memberikan komen kerana kalau saya komen mengenai jawatan saya sendiri, ia adalah kurang sesuai," ujarnya.

Tambahnya, tidak kira beliau atau pun orang, individu yang dipilih memegang jawtan itu hendaklah melaksanakan Dasar Perfileman Negara dengan meneruskan setiap program yang telah ditetapkan pada setiap tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan