Khabar Angin Kate Winslet & Sam Mendes Akan Rujuk Semula

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kate Winslet dan suaminya, Sam Mendes hadir ke The 81st Academy Awards di Los Angeles pada 22 Februari 2009. - Foto AP
Kate Winslet dan suaminya, Sam Mendes hadir ke The 81st Academy Awards di Los Angeles pada 22 Februari 2009. - Foto AP

SETELAH bercerai pada 15 Mac tahun ini, aktres Kate Winslet dikhabarkan akan merujuk semula dengan Sam Mendes.

Namun, salah seorang ahli keluarga terdekat bintang Titanic itu menafikan dakwaan tersebut.

"Kate dan Sam tidak akan boleh bersama lagi," ujar salah seorang ahli keluarga Kate winslet menurut Showbiz Spy, Isnin.

Gosip Kate dan Sam akan rujuk tersebar setelah pasangan itu disebut-sebut sedang merancang untuk bercuti bersama-sama pada Ogos ini di villa milik mereka.

"Pada bulan itu Kate akan bekerja, sementara Sam bercuti seorang diri di Britain," katanya.

Winslet, 34 telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem British, Sam Mendes pada 24 Mei 2003.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah mendapat seorang anak lelaki Joe Alfie Winslet Mendes, 6.

Selain itu, Winslet juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan pengarah filem Jim Threapleton.

Winslet telah memulakan kariernya ketika masih remaja di televisyen BBC dan telah dilamar untuk berlakon dalam filem Titanic pada tahun 1997.

Tahun lepas, Winslet telah menerima anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem The Reader. Antara lain-lain filem yang dibintanginya ialah Enigma, Jude dan Hamlet.

Manakala Mendes, 44, merupakan penerima anugerah pengarah terbaik menerusi filem American Beauty pada tahun 2000. Menariknya, mereka berdua pernah bekerjasama untuk filem keempat arahan Mendes berjudul Revolutionary Road pada tahun 2008.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan