Kehebatan Konsert Dir… Suara 1Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi seorang kanak-kanak yang muncul sebagai toyol ketika persembahan lagu Toyol amat mencuit hati penonton.
Aksi seorang kanak-kanak yang muncul sebagai toyol ketika persembahan lagu Toyol amat mencuit hati penonton.

JABATAN Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) berjaya menganjurkan Konsert Dir…Suara 1 Malaysia di KL Life Centre malam Ahad lalu dengan mempersembahkan kelainan tersendiri.

Konsert selama sejam setengah yang dijayakan oleh nyanyian ahli Koir Kebangsaan dan Kenny Lee itu membangkitkan pelbagai emosi dan rasa.

Lebih 25 buah lagu Datuk Sudirman Arshad yang dipersembahkan seperti Terasing, Antara Hujan dan Air Mata, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, Pelangi Petang, Merisik Khabar, Hujan dan One Thousand Million Smiles.

Konsert di bawah pimpinan Amri Zane dan Pengarah Artistik dan Vokal terkenal, Syafinaz Selamat itu turut diiringi pemuzik-pemuzik pimpinan Ku Sham dan menampilkan petikan gitaris terkenal, Along Exists.

Selain lagu-lagu popular Sudirman, konsert itu turut memperdengarkan lagu-lagu Allahyarham yang jarang-jarang didengar seperti Antara Hujan dan Air mata, Planet Gringragong, Kulit, One Day In Your Life, Foxy Girl dan Bimbang Terluka Lagi.

Seramai 20 ahli Koir Kebangsaan memberikan persembahan penuh bertenaga di samping paduan suara yang sangat mengagumkan.

Penonton memberikan tepukan dan sorakan gemuruh sewaktu persembahan lagu Hujan, Toyol, Apa Khabar Orang Kampung, Joget Kenangan Manis, Foxy Girl, Salam Terakhir dan Terasing.

Menariknya, ketika lagu Toyol, seorang kanak-kanak turut muncul melakonkan watak toyol.

Persembahan penuh muzikal itu mencuit hati penonton ditambah pula dengan irama lagu rancaknya. Beberapa model wanita turut tampil ketika persembahan lagu Foxy Girl.

Secara keseluruhannya, ramai yang berpuas hati dengan Konsert Dir…Suara 1 Malaysia walaupun kadangkala suara penyanyi tenggelam dan hanya muzik yang kedengaran.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan