Jennifer Love Hewitt Teringin Jadi Pelakon Komedi

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto AFP
- Foto AFP

BUKAN mudah untuk membuatkan penonton ketawa dengan jenaka tersendiri, namun pelakon Jennifer Love Hewitt (gambar) begitu teringin untuk bergelar seorang pelakon komedi.

"Saya sedang mencari beberapa watak yang berkait dengan komedi," ujarnya kepada Showbiz Spy, Ahad.

Tidak hanya tampil di layar lebar, Jennifer juga kerap kali muncul di televisyen. Antara siri yang dibintanginya seperti Party of Five dan Ghost Whisperer sangat berjaya.

Menerusi siri itu Jennifer mengaku sangat beruntung kerana berjaya memenangi hati penonton. Namun tidak semestinya Jennifer akan terus menerima setiap tawaran yang mendatang.

Dalam perkembangan lain, dia sedang menunggu siri komedi terbarunya.

"Saya tidak berburu-buru untuk kembali tampil di televisyen dan jika saya melakukannya itu pasti disebabkan situasi yang berbeza. Saya tidak terfikir untuk tamak menerima tawaran," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan