Bintang Filem Porno Akui Mel Gibson Agresif

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mel Gibson dan Oksana Grigorieva hadir ke tayangan perdana filem Edge Of Darkness di Paris pada 4 Februari 2010. - Foto AP
Mel Gibson dan Oksana Grigorieva hadir ke tayangan perdana filem Edge Of Darkness di Paris pada 4 Februari 2010. - Foto AP

SEORANG bekas teman wanita Mek Gibson yang juga bintang porno Poland telah menyatakan bahawa pelakon filem Braveheart itu menjadi sangat agresif terhadapnya dalam perhubungan mereka.

Violet Kowal mendedahkan bahawa Gibson mula menganiaya dan mengherdiknya apabila media menghidu perhubungan sulit mereka.

"Dia sangat kasar. Dia menelefon saya dan berteriak bahawa dia akan membuat saya menderita," Kowal memberitahu kepada media.

"Saya sangat takut padanya. Ini adalah pengalaman yang sangat besar bagi saya... Saya hampir-hampir menghubungi polis," tambahnya.

Kowal berkata, dia menyimpan rekod panggilan yang diterima dari nombor telefon Gibson di rumah dan telefon bimbit sebagai bukti hubungan "intim" mereka.

Gibson, 54, sedang menghadapi tekanan selepas bekas teman wanitanya, Grigorieva Oksana, 40, mendakwa dia telah menumbuk serta menyakiti bayi mereka, Lucia, semasa dia mabuk pada bulan Januari.

Grigorieva juga mendakwa Gibson telah mencacinya dengan kata-kata kasar dan berbau perkauman.

Lima kaset yang mempunyai rakaman cacian Gibson tersebut telah dibocorkan oleh sebuah laman web hiburan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan