Jihan Raja Lawak Belum Bersedia Berhenti Kerja - Berita Hiburan | mStar

Jihan Raja Lawak Belum Bersedia Berhenti Kerja

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAIB Juara rancangan Raja lawak 3, Jihan atau Nuur Jihan Musa (gambar) mengakui masih belum berani menjadikan bidang seni sebagai kerjaya utama bagi menjana pendapatannya.

Gadis berusia 26 tahun ini mengakui rezekinya dalam bidang seni masih belum stabil untuk dia benar-benar memberi tumpuan dalam bidang itu.

"Saya rasa belum masanya untuk saya berhenti kerja dan tumpukan terus dalam bidang ini. Dua bulan lepas saya tidak dapat apa-apa tawaran, nasib baik jugalah saya ada pendapatan tetap.

"Tapi saya bersyukur walaupun begitu tawaran untuk saya tidak pernah putus kerana sebab saya merupakan pelawak perempuan pertama dari program Raja Lawak.

"Jadi kurang juga persaingannya berbanding pelawak-pelawak lelaki," ujarnya yang masih bekerja sebagai anggota penguatkuasa di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kata Jihan, apa juga tawaran yang datang dia tetap akan mengutamakan kerjanya terlebih dahulu sebelum mengatur jadual seni.

"Saya akan teliti dahulu tawaran tersebut, jika sangat memerlukan saya dalam jangka masa yang lama dan menganggu kerja seharian saya tidak terima.

"Tapi alhamdulilah bos saya memahaminnya dan mudah untuk bertolak ansur. Kalau boleh kerja-kerja seni yang saya buat hendaklah di luar waktu bekerja," jelas Jihan.

Tambahanya lagi bukan mudah untuk memberi kepercayaan kepada majikan agar prestasi kerja tidak terganggu dengan adanya kerja sampingan.

"Saya kena jaga hal-hal kerja dan hal-hal bidang seni agar tidak bertembung. Saya tidak mahu majikan hilang kepercayaan kepada saya dan menganggap saya leka.

"Kalau boleh saya tidak mahu aktiviti seni ini menjadi alasan menyebabkan prestasi kerjaya saya terganggu," jelasnya berseloroh.

Bercerita tentang kerjaya, Jihan bakal mengacarakan sebuah rancangan mengenai makanan berjudul Destinasi ke Destinasi yang bakal mengembara di seluruh Malaysia.

"Ini merupakan pengalaman pertama saya mengacarakan program seperti ini. Saya teruja untuk melakukannya. Saya harap ia akan satu langkah baru dalam bidang seni. Kalau kita lihat, Zizan juga popular melalui bidang pengacaraan," ujarnya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan