Heliza Lupa Hasrat Jadi Cikgu

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERGELAR usahawan ketika usia baru mencecah 24 tahun menuntut banyak kesabaran kepada penyanyi dan pelakon Heliza (gambar) untuk menguruskan syarikat sendiri iaitu Heliza Helmi Production Sdn. Bhd. (HHP).

Heliza akui, bukan suatu tugasan yang ringan memandangkan dia juga perlu membuat keputusan tentang setiap perkara yang dilakukan dalam syarikat itu.

Terbaru, syarikatnya sedang dalam proses untuk menerbitkan sebuah filem pada tahun ini selain menerbitkan lagu untuk diri sendiri dan penyanyi baru di bawah naungan HHP seperti Isma AF7, Herman Tino dan Arlyn Hafiz.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Panggil Namaku itu juga dalam proses menerbitkan buku berbentuk travelog mengenai perjalanan hidupnya sepanjang bergelar pelajar Universiti Malaysia Sabah sekaligus seorang penyanyi.

“Kadang kala, kita melakukan perkara yang tak pernah terlintas dalam fikiran dan kerja sebagai penyanyi dan usahawan ini juga merupakan tanggungjawab yang tak pernah diduga.

“Tapi bila dah jadi selebriti, saya memang sudah berniat untuk membuka syarikat sendiri. Bila saya dah habis belajar tahun lepas, saya rasa kesibukan ini memang tepat pada masanya.

“Bagaimanapun, ia bukanlah suatu perkara mudah kerana waktu untuk saya bersuka ria seperti kawan-kawan lain menjadi terhad. Tetapi kalau kita mengeluh sekali pun, bagaimana dengan orang lain yang sudah berjaya. Alhamdulillah, ayah saya juga banyak memberikan nasihat tentang syarikat,” katanya mengenai syarikat yang telah ditubuhkan kira-kira tiga tahun lalu itu.

Tahun ini, baru dia betul-betul aktif mengusahakan syarikat itu. Banyak perkara yang telah diatur. Dengan kesibukan yang dilaluinya, Heliza seakan-akan terpaksa akur untuk melepaskan kerjaya sebagai seorang guru setelah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains.

“Memandangkan syarikat sudah tertubuh, saya nak fokuskan kepada syarikat sebab profesion guru memerlukan komitmen sepenuh masa.

“Walaupun tidak bergelar guru, saya akan menghasilkan buku sendiri sebagai suatu warisan kepada masyarakat. Setakat ini, projek buku ini masih dalam perbincangan. Saya berhasrat untuk membuat sebuah buku yang menjadi motivasi dan didikan kepada semua,” ulasnya.

Rancak berbual, pemilik nama Nur Heliza Helmi itu juga menyatakan impiannya untuk menggubah lagu sendiri berjudul Chord G.

“Saya mendapat ilham untuk membuat lirik lagu itu secara tiba-tiba semasa pukul 4 pagi. Saya sudah rakamkan lagu itu dalam otak dan apabila orang tanya mana liriknya, saya kata tiada sebab semuanya saya simpan dalam otak. Melodinya sudah ada cuma tunggu masa untuk rakam suara sahaja.

“Saya betul-betul buat lagu tu tulus dari hati sebab ia diambil dari kisah sebenar saya,” ceritanya yang merancang untuk menyanyikan lagu itu semasa majlis memperkenalkan single terbaru artis bawah naungan HHP pada 3 Ogos ini, pukul 3 petang di Saloma Bistro.

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan single terbaru berjudul Hello pada hujung bulan ini.

Wajahnya turut muncul dalam iklan komersil produk Garnier Light Oil Control yang baru disiarkan di televisyen.

Pelakon filem Syurga Cinta itu juga ditawarkan untuk menjadi pencerita kisah-kisah nabi yang boleh didapati dalam bentuk cekera padat video sesuai untuk kanak-kanak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan