Penelope Cruz Didakwa Hamil Anak Luar Nikah - Berita Hiburan | mStar

Penelope Cruz Didakwa Hamil Anak Luar Nikah

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS Megan Fox, aktres cantik Penelope Cruz pula digosipkan hamil anak luar nikah.

Penelope yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan secara rahsia dengan aktor Javier Bardem khabarnya sedang hamil.

Penelope telah menjalin asmara dengan Javier selama tiga tahun namun si cantik kelahiran Alcobendas, Madrid, Sepanyol pada 28 April 1974 itu selalu merahsiakan kisah cintanya itu.

Awal Julai ini, kedua-duanya melangsungkan perkahwinan secara sederhana di sebuah rumah teman pasangan itu di kawasan Kepulauan Bahama. Hanya keluarga terdekat kedua-dua belah pihak yang hadir di sana.

Setelah perkahwinan mereka selesai, gosip menyatakan bintang Vicky Cristina Barcelona itu sedang mengandung anak pertama dari Javier tersebar. Penelope didakwa akan melahirkan anak itu pada awal Januari tahun depan.

Namun jurucakap Penelope menafikan dakwaan itu. Menurut EOnline, Khamis, jurucakapnya menegaskan bekas kekasih Tom Cruise itu tidak hamil.

Penelope sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pirate of the Caribbean: On Stranger Tides.

"Jika sedang hamil tidak mungkin dia akan berlakon filem seperti itu (Pirate of The Caribbean)," kata salah seorang sumber.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan